awlawiyat kita




kata Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna,
"Al-wajibat ak-tsaru minal auqaat"
maksudnya, 
"kerja-kerja lebih banyak daripada masa yang ada"

kau kata,
"alaa, tak cukup masa."
kau bilang,
"hmm... aku bizilah"

tapi hakikatnya,
di waktu senggang, 
kau dahulukan minat mu.
di waktu lapang, 
kau dahulukan hobi mu.

maka, bagaimana mungkin, 
untuk yang aula itu siap dahulu?

kerana kau dahulukan yang tidak aula langsung.!

lantas, bila orang bertanya, 
"eh, dah siap kerja?"
"eh, dah stadi ke?"
"eh, dah buat lab repot?"

lantas, kau dengan mudahnya menjawab,
"alaa... aku tak sempat lagi nak buat."

aku hairan,
kau jadi bingung,
kau jadi tertekan,
kau jadi serabut, kelam kabut,
disebabkan kerja-kerja mu yang tertangguh itu.

namun, yang harus ditangguhkan itu,
tidak kau tangguh.
malah, yang perlu didahulukan,
kau tak dahulukan.

tiba-tiba,
kau menunjukkan emosi, 
"ah, diorang sukahati je nak bagi kerja. diorang bukannya tau aku ada banyak kerja"

aku yang tidak bingung, 
lantas jadi bingung melihatmu. 

di saat itu,
aku hanya melihatmu.

aku senyum, dan bermonolog,
"moga Allah permudahkan urusan kau"



astagfirullah, posting ini pun untuk peringatan diri sendiri juga.
rasa macam banyak kerja tapi kalau pandai susun, takdelah banyak mana pun.
pengurusan diri dan masa amat penting.
sebab tanpa pengurusan yang baik, kita akan keguguran rambut sebab pening dan bingung yang sepatutnya tak berlaku itu.

inshaAllah. fi amanillah. moga bermanfaat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya