hargailah ia.

Assalamualaikum. 



bagaimana untuk anda-anda yang diluar sana? untuk adik-adik SPM? untuk yang baru masuk universiti? untuk kami, pelajar universiti (IPTA) yang senior, sudah masuk minggu ke-3 belajar. semoganya Allah sentiasa memberkati setiap langkah kami-kami dalam menuntut ilmu dan tidak meninggalkan kami walau hanya dengan sekelip mata. 


dan yang paling penting, tidak kira siapalah kita, moga sentiasa jaga hati. jaga niat kita. sentiasa perbaharui. sentiasa ingat balik kenapa kita buat sekian dan sekian. inshaAllah dengan itu, niat kita sentiasa kerana Allah. semoga.


baik, aku nak kongsi sikit tentang pengalaman. pengalaman mengajar kita sesuatu. ada sesuatu yang lain dari yang lain. pengalaman ini takkan dapat melalui pengajaran mahupun penceritaan dari mereka-mereka walaupun ibu ayah kita. sebab semua yang dihikayatkan itu adalah kisah mereka. dan hikayat agung kita-kita akan jadi pengalaman pabila kita melaluinya sendiri. 


pengalaman setiap orang takkan pernah sama sebab cara setiap orang interpretasi pengalaman mereka dengan cara yang berbeza melalui ilmu dan pemahaman yang berlainan. walaupun setiap orang melalui benda yang sama, contohnya sekolah tetapi, pengalaman yang dapat dari sekolah takkan pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. 


untungnya orang yang berani. kerana apa? kerana orang berani sentiasa berani mencabar diri, mencabar diri untuk menjadi lebih gagah dalam meneruskan hidup. maka merekalah yang mempunyai paling banyak pengalaman. 


apa-apa yang berlaku sekalipun, hargailah setiap pengalaman yang menjengah ke dalam hidup kita semua. amik segala iktibar dan pengajaran yang mampu. jangan pernah pandang sesuatu itu hanya sebelah mata. hargailah ia. sebab, tanpa kehadirannya, tiadalah mampu untuk kita menjadi lebih matang dan maju setapak ke hadapan. dan paling penting, sentiasa ingat yang sesungguhnya, tiadalah datang pengalaman itu andai Allah tidak menentukannya demikian. 


semoga dengan semakin matangnya kita, maka lebih mudah untuk membuat keputusan dalam segala perkara dan membantu naiknya Islam itu. 




we are jealous of others but then we do not realize that others also jealous on us. 
thus, appreciate what we have and share with others. 

we live with what we get 
but 
we build our life with what we gift.

may Allah bless.

astaghfirullah.
wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya