Tekad berubah

Tekad untuk berubah,
Tapi tekad itu pudar sekian lama.
Tekad jadi baik,
Tapi tekad itu hilang selepas itu.
Susah membuat tekad,
Seandainya suasana tidak membantu.

Payah tetap pada tekad,

Sekiranya hati tidak pasak pada niat.
Carilah sebab untuk berubah.
Carilah sebab untuk jadi baik.
Semoga dengan itu tekad itu kekal.

Andai tekad pudar dan mula hilang,
Ingat kembali sebab memulakan perubahan.
Harapnya tekad itu terpasak dalam hati.
Sepertimana pasaknya gunung pada bumi,
Kukuh, kekal dan teguh.

#tekadberubah
#tarbiyyahRamadhan

Satu lagu yang boleh menjadi perangsang untuk kita berubah. lagu ini oleh kumpulan nasyid Brothers bertajuk SABAR, 

ni link dia, https://www.youtube.com/watch?v=h0HR0Ge7JiE&index=3&list=RD3fP-1C30uFM


astaghfirullah
wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya