bingung

 Image result for pandang aku oh tuhan

Minda dijajah,
Hati diteroka,
Pemikiran diratah,
oleh kalimat agung dari mulut si jahat yang manis,
CINTA,

namun,
untuk kesekian kalinya,
minda terjajah, hati diteroka dan pemikiran diratah,
bukan untuk CINTA,
tapi untuk keuntungan si jahat sahaja,

HAH!
betapa sombong dan angkuh duhai si jahat yang zalim dan bodoh.

sungguh Tuhan,
walau aku tidak sempurna,
pada minda, hati dan pemikiran dek bisikan jahat,
tetaplah pandang aku,
jangan tinggalkan aku,
kerana aku yakin,
hanya dengan CINTA Kau yang sebenar,
membawa aku kepada-Mu.

Izinkan aku pulang,
duhai Tuhan,
Ke pangkuan-Mu.

ampunkan aku
aku jahil lagi takut
tapi aku harapkan kasihMu
astaghfirullah
wassalam





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya