Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

Kelebihan zikir Ya Latif

Imej
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari yang baik ni, aku nak kongsi tentang manfaat satu zikir ni. aku dapat ni masa aku ikut kuliah Ust Muhadir Hj Joll kat Cyberjaya. zikir ini ringkas tapi sangat besar manfaatnya. zikir apakah itu? itulah dia, zikir YA LATIF setiap hari, SELEPAS SUBUH(129X) & SELEPAS ASAR (129X) apakah manfaatnya? diceritakan oleh Ust Muhadir, dengan sentiasa membaca zikir ini, Allah akan menjaga kita dari bencana yang teruk-teruk (nauzubillah) dikisahkan oleh ustaz. kawannya kemalangan kereta, keretanya sangat teruk keadaannya, namun kawannya dan keluarga kawannya alhamdulillah, tiada kecederaan yang serius. ustaz pun bertanya pada kawannya, macamana keadaan tak berapa teruk sedangkan kereta hampir remuk? lalu, kawan beliau kata, dia hanya amalkan zikir yang dinyatakan di atas. masyaAllah. hebat sungguh kuasa Allah.  mari bersama-sama amalkan, moga bertemu kebaikan dan sentiasa dijaga dalam kerahmatan. wallahu3alam astaghfirul