Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Loser pagi hari

Imej
"Allah nak tegur secara tunai, sekejap je." Itulah perkara pertama aku fikir bila aku jatuh kerusi tadi. jatuh tergolek lepas membersihkan kipas siling kat rumah hostel aku.  bila bangun pagi tadi, berhajat untuk keluarkan peluh sebab nanti akan menghadap nota untuk peperiksaan akhir semester. huahua...  makanya, bersemangatlah aku mengambil sabun, berus segala nak buat kerja-kerja pembersihan tandas. ye lah, alang-alang tu cuci hati sekali sebab tandas kan tempat yang tak bersih. bila merendahkan diri untuk membasuh tandas, macam menyerahkan diri untuk membasuh tempat kotor yang semua orang duk guna pakai tu haaa...  tiba-tiba kawan aku datang tolong, alhamdulillah sekejaplah jadinya sesi membasuh tandas tadi. alhamdulillah, Allah juga yang buka pintu hati dia untuk bantu aku kan. makanya, selepas siap membasuh tandas, sementara nak tunggu peluh kering tu, aku bersihkan kipas pulak.  masa tengah bersih kipas siling tu, terdetik dalam hati aku,  "aku

Ghurur : Terpedaya

Imej
GHURUR ( الغرور ) : TERPEDAYA ATAU TERTIPU Hakikat Ghurur: iaitu seseorang menyangka baik sesuatu yang kelihatan baik, sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan sangkaannya. Firman Allah: ﴾ يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لَّا يَجْزِي وَالِدٌ عَن وَلَدِهِ وَلَا مَوْلُودٌ هُوَ جَازٍ عَن وَالِدِهِ شَيْئًا ۚ إِنَّ وَعْدَ اللَّـهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّـهِ الْغَرُورُ ﴿٣٣) “Janganlah kehidupan dunia itu memperdayakan kamu dan janganlah perasaan ghurur itu memperdayakan kamu terhadap Allah Taala.” Luqman : 33. قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا ﴿١٠٣﴾ الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا ﴿١٠٤) Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"(103) Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangk

4 perkara untuk dikongsi

Imej
Saidina Usman bin Affan. Sahabat Baginda Nabi SAW yang pemalu, lembut hati. Pernah suatu hari, beliau lalu di kubur. maka, tidak semena-mena beliau menangis teresak-esak sehingga basah janggutnya. Maka sahabat yang bersama-samanya bertanya, "Mengapa engkau menangis wahai Usman?" Maka, Saidina Usman menjawab, "Barangsiapa baik keadaannya di kubur, maka mudahlah keadaannya selepas itu, dan sebaliknya. " __________________________________________ Sehingga begitu sekali Saidina Usman menghayati makna kematian dan alam barzakh sedangkan beliau adalah sahabat Baginda Nabi SAW yang kita tahu merek sudah pasti akan memasuki syurga. Namun, beliau tetap bersedih dan menangis sepuas hati. sedangkan kita? Bila pula untuk kita benar-benar menghayati kematian, kubur, alam barzakh, seksaannya atas dosa kita? Ambil masa untuk merenungkan tentang diri sendiri. ___________________________________________ Seterusnya, satu kisah untuk renungan kita juga, Dikisahkan,

3 tingkatan Sabar

Imej
Sabar.  Ia terbahagi kepada tiga tingkatan.  yang pertama, sabar menghadapi musibah.  ini adalah tingkatan paling rendah sekali. nampak seperti mudah bukan? walhal susahnya Ya Allah... hanya Allah saja yang tahu. contoh, kita kehilangan barang, nak-nak pulak tu barang yang kita sayang. itu pun dah susah nak hadapi, susah nak sabar. lagilah pulak kalau musibat besar-besar contoh seperti kehilangan mak ayah, kehilangan ahli keluarga, kemusnahan tempat tinggal, lagilah payah nak hadapi. sedangkan yang sebegini pun kita dah rasa susah dan payah, tapi ianya baru dalam tingkatan sabar yang paling bawah. baik, kita tengok pulak apa tingkatan sabar yang kedua. yang kedua, sabar dari berbuat maksiat.  Allahu. bukan mudah untuk menghalang diri dari berbuat maksiat dengan keadaan sekeliling yang 'menyokong' orang buat maksiat. dunia penuh teknologi, dunia akhir zaman penuh cabaran. nampak macam mudah nak hadapi padahal susah, susah nak menahan nafsu, susah nak menahan dari berbu