Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

Kau istimewa, Ya Rasulullah, Ya Habibi, Ya Nabi.

Imej
Assalamualaikum.  Sudah setahun lebih, aku tak menulis apa-apa di blog ini. Entah kenapa malas menjadi-jadi setiap kali nak memulakan coretan disini.  Coretan kali ini ringkas sahaja, sekisar tentang rindu.  Ya, rindu.  Rindu ini bercambah perlahan-lahan setelah banyak kali disebut namanya. bukan mudah untuk disemai rindu ini.  Aku dulu pernah pelik, macamana seorang manusia biasa yang takpernah berjumpa dan mengenali dia, boleh semudahnya mengalirkan air mata tatkala mendengar kisahnya, tatkala diceritakan tentang kehidupannya.  Dia yang aku maksudkan, tak lain tak bukan adalah Rasulullah SAW.  Satu nama yang tidak asing lagi daripada pengetahuan aku dan kau. walaupun hanya setakat tahu nama, tetap aku dan kau tahu akan pernah wujudnya atas muka bumi ini satu susuk tubuh yang bernama Muhammad SAW, yang diberi gelaran Rasulullah SAW. Betapa manusia yang membaca kisah tentang Baginda Nabi ini, bila dihayati dengan sepenuh jiwa, orang itu boleh teresak-esak menangis, kadang-kadang tu ber