Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Hidayah Allah terbahagi pada 3

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. ini Coretan hati aku. Sedang aku lagha di malam hari, syok melayan telefon pintar (tapi aku takberapa pintar) haritu, Allah menghantar seorang hamba Dia yang aku takkenal pun tapi aku dan dia dalam satu kumpulan Whatsapp yang sama. tiba-tiba, dia menghantar satu mesej melalui Whatsapp kepada aku, "Selamat Tahun Baru 2018. moga amal dan ibadah kepada-Nya makin bertambah. semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan pada tahun ini. inshaAllah aamiin." menyentak jiwa aku yang lalai yang amat. begitu indah susunan Allah untuk mengajak seorang hamba-Nya kepada Dia. pelbagai cara yang Allah hadirkan untuk memberi ilham kepada aku dan kau supaya sudah-sudahlah melayan nafsu dunia. Bila pula mahu menghadap-Nya. teringat aku kepada penerangan seorang ustaz tentang hidayah dan taufiq. katanya, "untuk Allah beri hidayah ni, ada 3 situasi. yang pertama, Allah memang nak bagi hidayah dan taufiq dan orang itu memang sedang me