Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Perkongsian : Ilmu ii

Imej
Kau kata kau tidak suka,  Tapi kau sedang memahaminya,  Kau kata kau bosan, Tapi kau sedang berdepan dengannya, Ikhlaskanlah hatimu, Kerna dia datang bila tiba masanya, Bila kau benar-benar jujur dengannya. Dia tahu kau inginkannya atau tidak, Dia tahu kau bosan, Dia tahu kau tak serius. Kau pura-pura inginkannya, Lalu kau fikir kau telah mendapatkannya, Sedangkan kau mendapat dia sementara saja. Tapi kau tak sedar hakikat ini, lalu kau terus tenggelam dalam bayangan kau berjaya mendapatkannya. Amat merugi bilamana hal ini berlaku. Satu perkara ingin aku katakan, Kesenangan datang setelah kesusahan, Maka ikhlaskanlah diri, Setiap kali kau berjumpa dia, Walau itu amat payah untuk kau lakukan. Dia sentiasa menanti kesungguhan dan lapang hati kau, Kerna dia-lah ilmu yang masuk hanya pada hati yang bersih , murni dan ikhlas akannya.  #Ujian1Moltox #KelasEtno astaghfirullah wassalam  

Perkongsian : Ilmu

Imej
Dalam tenang, Kau jumpa ilmu,  Dalam kerisauan,  Ilmu itu hilang. Dalam kesenyapan,  Kau temu ilmu, Dalam kekecohan,  Ilmu itu hilang. Ilmu hadir,  bila kau ikhlas akannya, bila kau sungguh-sungguh inginkannya, bila kau mencarinya penuh semangat,  bila kau mempelajarinya penuh keyakinan,  andai kau tiada sifat mujahadah ini, nescaya, ilmu terlepas dari tangkapanmu,  dan terbang bebas bak rama-rama, terbang bahagia keluar dari sangkar.  #Ujian1Moltox astaghfirullah wassalam

hadirlah duhai ikhlas

Imej
Ikhlas, mampirlah kau, menemani hati ini, kerana tanpamu, tidaklah dapat aku bertahan lagi, menahan semua kekalutan ini. Ikhlas,  marilah temani aku, bersama-sama membuat amal, bisiklah pada aku, jauhi perkara buruk, apatah lagi yang mengangkat taghut. Ikhlas, hadir dan datanglah, lekas, agar kau menjadi saksi aku, di hadapan Tuhan nanti.  astaghfirullah wassalam

Tetapkan hati kami

Bersama kasih dan cinta Kita mengorak langkah Menuju jalan kejayaan Bersama impian dan cita-cita Kita mencari cahaya kebenaran Menuju jalan kemenangan Bukan mudah untuk bersama-sama Tetap dan setia Kukuh dan teguh Namun, takku sangka kita tetap bersama-sama di atas jalan ini Wahai Tuhan yang Agung Kau Yang Maha Tahu Pimpinlah dan tuntunlah kami Menuju jalan syurga-Mu Ampuni dosa kami Ya Ghaffar Semoga kami terhindar dari api neraka-Mu astaghfirullah wassalam