Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Takpernah datang, tiba-tiba nak komen banyak-banyak

Imej
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kalian suka memberi komen dan cadangan atau sebenarnya kalian mengata?  Pada pandangan aku yang sikit ilmu ni, memberi komen atau cadangan dan mengata adalah dua perkara yang berbeza. Nampak macam sama sebab kedua-duanya seperti mengutarakan idea. Namun, nada suara, cara bercakap, susunan ayat dan pemilihan kata memainkan peranan penting untuk seseorang itu dikategorikan samada memberi cadangan atau mengata.  Aku nak cerita, semalam, ada ceramah kat surau aku. Aku takpernah dengar ceramah oleh ustaz yang seorang ini. Cara ceramah dia, ok-ok saja. Dia bercerita tentang kematian, tentang sedekah, amal jariah dan anak soleh. Kemudiannya, dia kata perlu untuk ahli kariah meramaikan surau. Masa dia cakap ni, aku ok lagi. Yang aku takberapa nak ok tu bila dia sebut, dia ada ceramah di satu masjid ni, ada 100 orang jemaah, sejuk mata memandang. tahulah surau kariah aku ni tak ramai jemaahnya, kebetulan masa dia datang semalam, ada dalam 15 or