Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Jadi jahat, taksusah

Jadi jahat taksusah, Kau berhenti buat baik. Biasakan diri dengan lagha, Kau akan rasa manisnya lagha. Kau akan kebal dengan perasaan jahat itu salah. Lalu hati keras, otak bebal, akal terperangkap. Akal terperangkap dengan indahnya dunia. Otak bebal dek keasyikan maksiat. Hati keras kerana berhenti buat baik. Berhenti buat baik, Bererti berhenti mengingati Tuhan. Lantas, Jahat menyelimuti diri. Kau tidur dalam pelukan lagha. Bermimpikan hidangan manis kelalaian. Sehingga kau buta akan kebaikan. Tinggallah kau dalam kelam gelap, Melayan diri, asyik sendiri. Dalam bayangan dan mimpi indah kejahatan. #semogadijauhkandarimaksiat astaghfirullah wassalam

Tekad berubah

Tekad untuk berubah, Tapi tekad itu pudar sekian lama. Tekad jadi baik, Tapi tekad itu hilang selepas itu. Susah membuat tekad, Seandainya suasana tidak membantu. Payah tetap pada tekad, Sekiranya hati tidak pasak pada niat. Carilah sebab untuk berubah. Carilah sebab untuk jadi baik. Semoga dengan itu tekad itu kekal. Andai tekad pudar dan mula hilang, Ingat kembali sebab memulakan perubahan. Harapnya tekad itu terpasak dalam hati. Sepertimana pasaknya gunung pada bumi, Kukuh, kekal dan teguh. #tekadberubah #tarbiyyahRamadhan Satu lagu yang boleh menjadi perangsang untuk kita berubah. lagu ini oleh kumpulan nasyid Brothers bertajuk SABAR,  ni link dia,  https://www.youtube.com/watch?v=h0HR0Ge7JiE&index=3&list=RD3fP-1C30uFM astaghfirullah wassalam

Minta maaf umpama cari pasir dalam laut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pesan seorang ustaz aku, namanya Ustaz Yusri, kalau dah buat salah pada orang itu teruslah minta maaf di dunia ini, takperlulah nak tunggu di akhirat nanti baru nak cari. Sebab apa? Ustaz Yusri berkata, Tok Gurunya berpesan, sewaktu di akhirat nanti, nak cari orang yang kita nak minta maaf tu, umpamanya, ambil pasir laut tu dan baling ke dalam laut, dan cari semula pasir yang dibaling tadi. Itulah pesan ustaz aku. Celah mana kita nak cari balik pasir yang kita baling tu, ingat senang ke? dahlah pasir semua sama jeeeee. oleh itu, minta maaflah pada orang yang kita buat salah tu di dunia ni, supaya di akhirat nanti, semoga kita terlepas dengan kesalahan itu sebab kita dah minta maaf siap-siap. setakat itu sahaja aku nak berkongsi dengan korang. kalau ada lagi, aku kongsi inshaAllah. #Syawal #rayamohonmaaf astaghfirullah wassalam

Semoga abadi kasihnya

Andai aku tahu cinta itu payah, Pasti aku tidak cuba mencarinya. Namun fitrah manusia, Tuhan tetapkan,  Ada rasa ingin berkasih bercinta. Bukan mudah memahami cinta, Apatah lagi ingin berkasih. Namun ada yang berjaya mengharungi cinta itu,  Setelah bersusah payah. Semoga cinta yang ditemui itu,  Cinta abadi, Kasih manusia dan kasih Tuhan. #cintataksampailagi #belajaruntukcintaTuhandulu astaghfirullah wassalam.