Catatan

Peringatan untuk diri sendiri terutamanya

Imej
sekadar peringatan semula kepada diri sendiri. 
"Penulisan adalah sesuatu yang pegun, tak bergerak dan tak hilang. ianya akan tersimpan rapi. Maka, menulislah. Bila orang nak baca, dia akan baca. dan bila dia nak baca semula penulisan itu, penulisan itu tetap ada kerana ia pegun." -Hilal Asyraf-
"Taklif wa la tasyrif. Tanggungjawab bukan untuk dimuliakan." -Ust Yasir Ramlee-
"Kita bukan memberi sokongan sebab kita satu kumpulan tapi kita menjadi satu kumpulan kerana kita saling memberi sokongan," -Kuroko no basket-
pesanan ini aku dapat masa aku kat sekolah menengah dulu. yang Hilal Asyraf tu dapat masa aku pergi bengkel penulisan, bagaimana nak menulis. yang kedua tu, dapat masa kursus kepimpinan pengawas. 
kedua-duanya memberi satu gambaran besar pada aku yang hidup ni terlalu besar dan berat amanahnya, tapi bila terlupa pesanan ni, mulalah kecundang. 
tak mudah nak menjadi penulis sebab lain ayat yang nak disampaikan, lain yang orang faham. menjadi penulis buku…

Sahabat untuk selamanya.

Imej
7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT : . 1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.
. 2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya. .
3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya. .
4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya. .
5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya. .
6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senan…

Perjuangan itu jauh.

Imej
Semangat itu mengalir dalam diri aku. Mengalir menerusi nadiku yang satu. Aku semakin hari semakin bersemangat untuk membantu anak bangsa tanpa henti dan tanpa lelah. Aku setia menemani sahabat-sahabatku untuk terus setia dengan kerja mereka.

Aku menyedari tugas aku, mengetahui tanggungjawab aku dan berusaha melaksanakannya dengan sebaik mungkin kerana matlamat hidup aku hanyalah satu, berjuang hingga ke titisan akhir.

Pernah suatu ketika, sedang aku bersama sahabatku, tiba-tiba sahaja air mata basah mengalir dari sahabatku. Bila dilihat, aku tahu bahawa dia bersedih dengan anak didikannya. Aku mengalirkan semangatku kepadanya, lalu dia terus dan terus bersemangat untuk menghabiskan kerjanya demi maruah dan masa depan negara. Seronok diriku ini bersama dengannya. Tidak ada yang dapat mengganti kebahagiaanku ini kerana aku dan sahabatku ini telah bersama sekian lama melihat kejayaan anak bangsa.
Walaubagaimanapun,setiap pertemuan pasti ada perpisahan, semangat aku kian hilang walaupun aku…

Rumah aku dan kau, wahai Muslimin dan Muslimat.

Imej
"Marilah kita berjemaah di surau kita, sebab pahala berjemaah itu 27 kali ganda berbanding dengan solat secara bersendirian." ustaz berkata.

aku ingat lagi pesan ustaz walaupun dah lama dah sebenarnya ceramah ustaz  tentang solat jemaah. majlis ceramah yang dibuat itu adalah di rumah aku.

Tentang rumah aku, aku suka orang datang rumah aku sebab kehadiran orang ramai ke dalam rumah aku adalah rahmat daripada mereka. Aku dan sahabat-sahabat seramai 5 orang bersama-sama menjaga rumah ini sebab orang akan datang rumah aku setiap hari, mereka takkan pernah jemu nak datang sebab diorang suka ziarah rumah aku ni, alhamdulillah besar dan selesa.

Orang ramai suka nak guna rumah aku ni untuk tempat berkumpul, bermesyuarat, buat majlis sebab rumah aku ni luas ruangnya dan fleksibel. aku dan sahabat-sahabat aku yang 5 orang tu, yang bersama-sama menjaga kebersihan rumah aku ni.

Rumah aku sentiasa ada pengunjung tetap untuk mereka membuat majlis ataupun pertemuan. tapi setiap tahun, mesti ad…

Kelebihan zikir Ya Latif

Imej

PRU14

Imej
Assalamualaikum. 
5 tahun telah berlalu, parlimen telah bubar untuk memberi laluan kepada pru-14 yang mana akan buang undi pada 9/5/2018 (rabu)
tarikh membuang undi yang penuh konflik selepas pengumumannya. hahaha. hadoilah.
pru-14 kalini akan ada tiga blok iaitu BN, PH dan PAS. 
setiap blok ada manifesto masing-masing. silalah baca, dengar video yang ada dan buatlah penilaian terbaik. kau ingat satu je, 'aku mengundi ni, ada sahamnya dari setiap pilihan aku buat."
nilai dan fahamkan. abaikan setiap provokasi sebab biasalah provokasi ni nampak macam menarik tapi lebih banyak mainkan emosi sebenarnya. dan emosi takkan membawa kebaikan langsung malah mungkin memburukkan lagi.
aku taknak ulas manifesto setiap blok sebab aku tak reti nak ulas panjang-panjang. hahaha. cuma aku nak ingatkan je, pergilah mengundi ya kawan-kawan, makcik pakcik, atuk nenek. sekarang ni hak dah ada, tinggal lagi beberapa hari je lagi nak mengundi, kalau tak laksanakan hak, JANGAN membebel bila berlaku…

9 tanda orang itu sudah matang dalam hidup

Imej
Assalamualaikum.

Sembilan tanda seseorang itu sudah matang dalam kehidupan.

1) Berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

2) Boleh menerima orang lain seadanya. kita faham makna perbezaaan pendapat. tidak perlu taksub.

3) Berani "melepaskan" kenangan lama yang pahit. tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4) Berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.

5) Melakukan sesuatu, hanya untuk mendapatkan ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapatkan pujian, nilaian dan pengiktirafan orang. tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

6) Berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.

7) Berhenti membandingkan nasib kita dan nasib orang lain. kita membandingkan nasib diri kita yang semalam. kita berdamai dengan diri sendiri. tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

8) boleh…

"Suraya, I love you!"

Imej
Assalamualaikum.

Tajuk buku yang aku baca sebelum ni, "Suraya, I love you!". sebab apa aku baca? sebab buku tu guna nama aku, Suraya. hahahaha, jadinya, nak tahulah apa yang istimewa sangat watak Suraya dalam buku ini sampai penulis jadikannya tajuk.

ringkasnya, buku ini menceritakan tentang penggunaan ilmu hitam untuk mendapatkan si Suraya.

mula-mula, disihirnya tunang Suraya dan mati dalam masa sehari. keluarga tunangnya panggil seorang ustaz namanya Ustaz Luqman. Dia berjaya mengubati tunang Suraya tapi serta-merta mati selepas itu.

kemudian, dalam masa 2 bulan, Suraya pulak yang kena kacau , kerap dan selalu. Suraya ada seorang peminat setia iaitu bekas teman lelaki. Lelaki ni sentiasa kacau Suraya dan Suraya amat membencinya.

Suraya juga ada seorang kawan baik perempuan, dia sangat rapat dengan Suraya dan sentiasa bersama Suraya, sentiasa ada disaat Suraya memerlukannya.

Selepas 2 bulan Suraya kena kacau tu, dia bertekad untuk jumpa Ustaz Luqman ni, sebab dia rasa hany…

bingung

Imej
Minda dijajah,
Hati diteroka,
Pemikiran diratah,
oleh kalimat agung dari mulut si jahat yang manis,
CINTA,

namun,
untuk kesekian kalinya,
minda terjajah, hati diterokai dan pemikiran diratahi,
bukan untuk CINTA,
tapi untuk keuntungan si jahat sahaja,

HAH!
betapa sombong dan angkuh duhai si jahat yang zalim dan bodoh.

sungguh Tuhan,
walau aku tidak sempurna,
pada minda, hati dan pemikiran dek bisikan jahat,
tetaplah pandang aku,
jangan tinggalkan aku,
kerana aku yakin,
hanya dengan CINTA Kau yang sebenar,
membawa aku kepada-Mu.

Izinkan aku pulang,
duhai Tuhan,
Ke pangkuan-Mu.

ampunkan aku aku jahil lagi takut tapi aku harapkan kasihMu astaghfirullah wassalam




DUIT

Imej