Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Rahmat Ujian

Imej
Rahmat Ujian Album : Layar Keinsafan Munsyid : Mestica Dalam derita ada bahagia Dalam gembira mungkin terselit duka Tak siapa tahu Tak siapa pinta ujian bertamu Bibir mudah mengucap sabar Tapi hatilah yang remuk menderita Insan memandang Mempunyai berbagai tafsiran Segala takdir Terimalah dengan hati yang terbuka Walau terseksa ada hikmahnya c/o Harus ada rasa bersyukur Di setiap kali ujian menjelma Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa Diuji tahap keimanan Sedangkan ramai terbiar dilalaikan Hanya yang terpilih sahaja Antara berjuta mendapat rahmatNya Allah rindu mendengarkan Rintihanmu berpanjangan Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi c/o Segala takdir Terimalah dengan hati yang terbuka Walau terseksa ada hikmahnya repeat c/o 2x Allah rindu mendengarkan Rintihanmu berpanjangan Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi Segala ujian diberi Maka bersyukurlah selalu sumber :  http://liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/1730/mestica-rahmat-ujian.html

Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?

Imej
“syukur untuk nikmatmu, bukan tangisi masalahmu.” “count your blessings, not your problems.” Ayat ini mudah bukan? Bersyukur dengan nikmat yang diberi. Tapi apa takrifan nikmat dalam kehidupan seharian kita? Nikmat yang bagaimanakah yang kita sentiasa nampak sebagai suatu nikmat?  Hadis nabi ada menyebut, dua nikmat yang orang sering lalaikan adalah nikmat sihat dan nikmat masa lapang. Dari Ibnu Abbas, dia berkata Nabi SAW bersabda : "Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya, (iaitu) kesihatan dan waktu lapang." [HR Bukhari, no. 5933] Betul. Sangat betul. Bila dah terlanjur guna masa lapang tu, baru nak sedar diri. Haha. Baru nak rasa menyesal. Padahal masa nikmat tu hadir, takde pulak nak bebetul guna , nak bahagi masa baik-baik. Selain tu, antara lain nikmat adalah, Nikmat iman dan islam  (paling besar sebenanrnya tapi kita selalu terlepas pandang, astaghfirullah.) Nikmat ada ibu ayah Nikmat ada adik-

Tart Nenas dan Kek Lapis

Imej
Aku masih ingat bila pertama kali aku dan kawan-kawan dimaklumkan tentang kewujudan 'tart nenas team'. nampak kelakar bukan namanya? tapi ada misi di sebaliknya.  aku dan kawan-kawan bercadang untuk menggantikan nama tart nenas kepada kek lapis. sebab ya lah, tart nenas itu orang punya. jadi, kita tukar pada kek lapis.  aku dan kawan-kawan menantikan rancangan dari mereka yang berpengalaman, sebab kata mereka, kami yang baru ini banyak yang tidak tahu, jadi tunggu sahaja arahan mereka.  alih-alih, tunggu punya tunggu, tiada apa.  kemudiannya, bila bertanya lagi, jawapan masih sama.  baiklah. aku dan kawan-kawan tidak lagi mahu mengharapkan mereka yang berpengalaman sebab pada pemerhatian aku, sampai bila perlu untuk kita mengharapkan mereka.  maka, kami memulakan satu langkah. dari langkah yang pertama itu, kami perlahan-lahan menuju dari satu puncak ke satu puncak. betul, langkah dan usaha kami ini tidak banyak hasilnya. namun, kami amat berharap dari usa