Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

kene bayar nak gi kuliah agama? :O

Imej
assalamualaikum... :) kuliah subuh, sabtu, 21/9/2013. oleh ustaz amin dari penang. dalam beliau memberi kuliah tu, beliau ada cerita yg beliau ada bagi kuliah kat singapura.  ustaz menceritakan yang UNTUK RAKYAT SINGAPURA NAK DATANG KULIAH AGAMA DI SINGAPURA BERBAYAR. mula-mula aku dengar tu, "wow! kena bayar.." ustaz cerita, kuliah beliau yang mula-mula di satu tempat macam dewan gitu. sesampainya beliau di depan dewan, beliau melihat ada orang yang pegang walkie talkie dan beritahu ,"kuat lagi ni, sampai luar boleh dengar suara lagi ni." ustaz kata, beliau pelik dengan keadaan tu. pastu beliau tanya pada orang tu, katanya, "kat sini, takleh dengar suara yang menceritakan keagamaan. kena pastikan suara tu hanya di dalam ruang dewan je, takleh sampai luar dewan, termasuk orang yang lalu lalang pun takleh tau apa yang kita buat kat dalam dewan." aku pun, "dahsyat!" sambung ustaz lagi, "saya mulakan kuliah... jam 9-11am. kuliah

belajau ? :)

Imej
aku, memang sedang belajar. belajar ilmu akhirat. belajar ilmu dunia. belajar macam-macam. MENARIK! aku memang sedang belajar. belajar erti rindu. rindu pada ALLAH. rindu pada Rasul SAW. namun hakikatnya, untuk mencapai kasih dan rindu ALLAH juga Rasul-NYA, Dia pasti datangkan ujian. ALLAH, berat! sungguh, berat! aku lemah! lemah dan lelah aku dalam berjalan. tapi aku kuatkan tekad, ALLAHU MA'I (ALLAH bersamaku). aku memang sedang belajar, yang sesungguhnya, DIA tak biarkan hamba DIA. siyes! terharu sangat! DIA hadirkan buat aku, sahabat yang menguatkan  semangat untuk terus berjalan. terus bernafas. terus belajar erti hidup. sungguh aku kata, aku memang sedang belajar, erti sahabat yang bersama dalam susah dan senang. erti sahabat yang hadir bilamana aku perlukan. erti sahabat yang meniupkan kembali semangat. sungguh , ALLAH itu indah perancangannya, DIA tidak akan pernah menzalimi hamba-NYA. DIA hadirkan matahari dan

apa tujuan mu?

Imej
assalamualaikum, ni nak kongsi satu cerita ni. sudi atau tidak? sudi ke tak sudi, itu bergantunglah pada diri anda sebab anda yang berkuasa utk menekan butang pangkah di atas sebelah kanan. wokeyh, sambung. bunyinya begini.... Seorang lelaki bertemu seorang ahli sufi terkenal, Bisyr bin Harits untuk mengucapkan selamat berpisah kerana dia hendak mengerjakan ibadah haji buat kali ke 2 . lalu si lelaki itu berkata, " Aku berniat pergi haji . Adakah sesuatu yang hendak engkau sampaikan padaku untuk aku lakukan?"  tanya Bisyr, "berapa banyak wang yang kau siapkan untuk bekalan ?" jawab si lelaki, " 2 ribu dirham." kata Bisyr, " apa tujuan engkau mengerjakan haji kali ke-2 ini? apakah kerana  1) ZUHUD TERHADAP DUNIA atau 2) UNTUK MELEPASKAN KERINDUAN KEPADA BAITULLAH atau 3) UNTUK MENCARI REDHA ALLAH ??" jawab si lelaki dengan tegas, "DEMI MENCARI KEREDHAAN ALLAH." kata Bisyr , "Sekiranya engkau datang meraih keredhaan ALLA

meraih kebahagiaan Ilahi

assalamualaikum, bismillahirrahmanirrahim... meh nak kongsi sikit tips meraih kebahagiaan. mungkin tak banyak, tapi harap dapat membantu. :) 1) Bangun menjelang fajar menyinsing untuk beristighfar. Firman ALLAH SWT , " Dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun di waktu sahur)... "  Ali-Imran : 17 2) Menyendiri untuk bertafakur, berfikir dan sekaligus menghayati ciptaan ALLAH yang Maha Luas ini.  Firman ALLAH SWT, " Dan mereka yang memikirkan tentang kejadian langit dan bumi..." Ali-Imran : 191 3) Menjalin hubungan dengan orang yang soleh. Firman ALLAH SWT, "Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada tuhan mereka..." Al-Kahf : 28 4) Berzikir Firman ALLAH SWT, " Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama ALLAH dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.."  Al-Ahzab : 41 5) Bersolat dengan khusyuk Firman ALLAH SWT, " Hai or

jalan ini.

Imej
assalamualaikum, meh nak kongsi. Sekali kau dah meyakini jalan ini iaitu jalan yang menyambung rantai-rantai perjuangan Nabi Muhammad SAW,  kau perlu untuk terus yakin dengan menambah ilmumu dan terus mencari guru terbaikmu iaitu  CIKGU PENGALAMAN  kerana dengan bekalan ini akan mematangkanmu  dan  moga kematanganmu menjadi manfaat buat jalan dakwah ini.  eheh, belajar bermadah .. :) :) :) jadi, apa tunggu lagi?  jom!

mata tengok bawah?

Imej
*menundukkan pandangan bererti menjaga pandangan* assalamualaikum, geng sume. lama dah belog ni tak dihapdet oleh aku yang tak gheti-gheti nak hapdet belog. haha. pekaba sume? pekaba iman anda? moga sentese dalam lindungan ALLAH. selawat dan salam ke atas junjungan baginda nabi Muhammad SAW. post kalini berkisar tentang mata. ahaa, apa yg nak dibincangkan? cer teka? ehem, macam lama je nak dapat jawapan tu. ok, meh le nak bagitau ni, nak citer pasal mata bukan struktur mata atau cara nak jaga mata atau cara nak sihatkan mata tapi nak berkongsi sedikit pandangan pasal penglihatan . mata merupakan pancaindera utk melihat *sekima lah pulok* :) jadi, kita guna mata nak melihat lah kan? tapi , apa yang kita lihat sebenarnya. tepuk dada, tanya diri sendiri... meh nak kongsi samting. sebenanya, arituh, ada sorang ukhti ni , dia ceghite, bunyinya begini... "saya ni dahlah tembam, pakai baju rasanya dah tutup dah semua, pakai purdah lagi tu, siap pimpin anak lagi, tapi mas