Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Peringatan untuk diri sendiri terutamanya

Imej
sekadar peringatan semula kepada diri sendiri.  "Penulisan adalah sesuatu yang pegun, tak bergerak dan tak hilang. ianya akan tersimpan rapi. Maka, menulislah. Bila orang nak baca, dia akan baca. dan bila dia nak baca semula penulisan itu, penulisan itu tetap ada kerana ia pegun." -Hilal Asyraf- "Taklif wa la tasyrif. Tanggungjawab bukan untuk dimuliakan." -Ust Yasir Ramlee- "Kita bukan memberi sokongan sebab kita satu kumpulan tapi kita menjadi satu kumpulan kerana kita saling memberi sokongan," -Kuroko no basket- pesanan ini aku dapat masa aku kat sekolah menengah dulu. yang Hilal Asyraf tu dapat masa aku pergi bengkel penulisan, bagaimana nak menulis. yang kedua tu, dapat masa kursus kepimpinan pengawas.  kedua-duanya memberi satu gambaran besar pada aku yang hidup ni terlalu besar dan berat amanahnya, tapi bila terlupa pesanan ni, mulalah kecundang.  tak mudah nak menjadi penulis sebab lain ayat yang nak disampai

Sahabat untuk selamanya.

Imej
7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT : . 1. TA'ARUFFAN Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya. . 2. TAARIIHAN Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya. . 3. AHAMMIYYATAN Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya. . 4. FAARIHAN Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya. . 5. AMALAN Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya. . 6. ADUWWAN Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau

Perjuangan itu jauh.

Imej
Semangat itu mengalir dalam diri aku. Mengalir menerusi nadiku yang satu. Aku semakin hari semakin bersemangat untuk membantu anak bangsa tanpa henti dan tanpa lelah. Aku setia menemani sahabat-sahabatku untuk terus setia dengan kerja mereka. Aku menyedari tugas aku, mengetahui tanggungjawab aku dan berusaha melaksanakannya dengan sebaik mungkin kerana matlamat hidup aku hanyalah satu, berjuang hingga ke titisan akhir. Pernah suatu ketika, sedang aku bersama sahabatku, tiba-tiba sahaja air mata basah mengalir dari sahabatku. Bila dilihat, aku tahu bahawa dia bersedih dengan anak didikannya. Aku mengalirkan semangatku kepadanya, lalu dia terus dan terus bersemangat untuk menghabiskan kerjanya demi maruah dan masa depan negara. Seronok diriku ini bersama dengannya. Tidak ada yang dapat mengganti kebahagiaanku ini kerana aku dan sahabatku ini telah bersama sekian lama melihat kejayaan anak bangsa. Walaubagaimanapun,setiap pertemuan pasti ada perpisahan, semangat aku kian hilang walau

Rumah aku dan kau, wahai Muslimin dan Muslimat.

Imej
"Marilah kita berjemaah di surau kita, sebab pahala berjemaah itu 27 kali ganda berbanding dengan solat secara bersendirian." ustaz berkata. aku ingat lagi pesan ustaz walaupun dah lama dah sebenarnya ceramah ustaz  tentang solat jemaah. majlis ceramah yang dibuat itu adalah di rumah aku. Tentang rumah aku, aku suka orang datang rumah aku sebab kehadiran orang ramai ke dalam rumah aku adalah rahmat daripada mereka. Aku dan sahabat-sahabat seramai 5 orang bersama-sama menjaga rumah ini sebab orang akan datang rumah aku setiap hari, mereka takkan pernah jemu nak datang sebab diorang suka ziarah rumah aku ni, alhamdulillah besar dan selesa. Orang ramai suka nak guna rumah aku ni untuk tempat berkumpul, bermesyuarat, buat majlis sebab rumah aku ni luas ruangnya dan fleksibel. aku dan sahabat-sahabat aku yang 5 orang tu, yang bersama-sama menjaga kebersihan rumah aku ni. Rumah aku sentiasa ada pengunjung tetap untuk mereka membuat majlis ataupun pertemuan. tapi setiap tahun,