Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

selalu, kita ini kedekut!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. apa yang aku tulis ini, bukan hanya peringatan buat diri kamu. tapi, jua buat diri aku dan kita semua. terutamanya, buat kita,  yang menggelar diri, sebagai ahli jemaah. yang MERASAKAN DIRI, sudah bertudung labuh, sudah berkopiah sentiasa, sudah ke surau atau masjid sentiasa, sudah ke majlis ilmu selalu tanpa tertinggal satu pun kelasnya, sudah memahami apa itu penyakit hati, sudah mengetahui apa itu wabak sepanjang jalan dan segalanya, yang seangkatan dengannya, dan yang sewaktu dengannya. SELALU,  kita ini terlalu banyak syak wasangka. memandang dia yang bertudung biasa, "hmm, bilalah dia nak tutup aurat dengan sempurna?" memandang dia yang menyarungkan  cap , "hish, ikut orang barat sangat dia ni." sedangkan, adakah kita tahu, yang bertudung biasa itu baru sahaja memulakan harinya untuk berubah? yang menyarungkan  cap  itu memang cara dia?