Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

semua pun rasa tapi salah aku sebenarnya.

semua pun rasa, diri kecewa. semua pun rasa, diri sedih. semua rasa, hujan yang turun, mengiringi kesedihan hati. semua rasa, mereka tak faham akan diri, yang tanggung bebanan. yang di atas rasa, yang bawah tak memahami. yang di bawah rasa, yang atas tak memahami. hanya satu, sebab takde yang bersuara. menjelaskan isi hati. semua pun pendam. yang di atas, menyelesaikan isu sendiri. yang di bawah, menyelesaikan isu sendiri. sebab apa, sebab yang di atas rasa, yang di bawah tak faham kenapa yang di atas buat sedemikian cara. sebab apa, sebab yang di bawah rasa, yang di atas takkan pernah faham kenapa yang di bawah buat sebegini rupa. yang di atas,  nak tolong dan bantu. yang di bawah pula, rasa yang di atas tak ambil tahu tentang kebajikan mereka. alahai, adat berorganisasi. yang lama, yang baru, yang di atas, yang di bawah, semua pun perlu untuk jujur dengan hati sendiri. semua pun perlu bantu membantu sesama sendiri. ni, aku cakap berd

semoga.

Imej
kita ini punya hati, tapi hati yang bagaimana? kita ini punya jiwa, tapi jiwa yang bagaimana? semua jawapan, berdasarkan waqi'(keadaan setempat) masing-masing. mari, aku tanya, kau punya hati. bagaimana kau uruskannya? aku perhaluskan lagi, kau punya hati, pada dia yang kau sayangi, tapi, bagaimana kau menyusun aturnya? bagaimana kau menjaganya? aku tahu, kau mahu yang dihati itu, sentiasa disisi, sentiasa dimatamu, sentiasa dekat dengan jiwamu, namun, apakah cara yang kau lakukan untuk dia sentiasa bersamamu? adakah, MATLAMAT MENGHALALKAN CARA? kau tanya diri, tanya imanmu, jawab sendiri. muhasabah. koreksi diri. aku jua bukanlah yang luar biasa dalam menjaga hati, aku jua insan biasa yang menyimpan hati. maka dari itu, jom kita jaga hati. sama-sama. sentiasa. agar Allah sentiasa membimbing kita ke jalan benar. yang Dia redhai, yang Dia kasihi. dan dapat kita menjadi, hamba Rabbani. semoga. saling memperingati itu akhlak musl

hargailah ia.

Imej
Assalamualaikum.  bagaimana untuk anda-anda yang diluar sana? untuk adik-adik SPM? untuk yang baru masuk universiti? untuk kami, pelajar universiti (IPTA) yang senior, sudah masuk minggu ke-3 belajar. semoganya Allah sentiasa memberkati setiap langkah kami-kami dalam menuntut ilmu dan tidak meninggalkan kami walau hanya dengan sekelip mata.  dan yang paling penting, tidak kira siapalah kita, moga sentiasa jaga hati. jaga niat kita. sentiasa perbaharui. sentiasa ingat balik kenapa kita buat sekian dan sekian. inshaAllah dengan itu, niat kita sentiasa kerana Allah. semoga. baik, aku nak kongsi sikit tentang pengalaman. pengalaman mengajar kita sesuatu. ada sesuatu yang lain dari yang lain. pengalaman ini takkan dapat melalui pengajaran mahupun penceritaan dari mereka-mereka walaupun ibu ayah kita. sebab semua yang dihikayatkan itu adalah kisah mereka. dan hikayat agung kita-kita akan jadi pengalaman pabila kita melaluinya sendiri.  pengalaman setiap orang takkan pernah sama

siapalah kita?

siapalah kita, untuk bersangka buruk padanya. siapalah kita, untuk mengatakan dia tidak punya usaha. siapalah kita, untuk merasakan diri lebih baik dari yang lain. siapalah kita? tanya diri, tatkala, diri mula merasakan semua bebanan, diri sendiri yang lakukan. ingat, tiada siapa pun yang ingin mati sebagai pendosa, walau kita sering melakukan noda. malah, semua berlumba-lumba inginkan syurga. usaha, setiap dari kita takkan pernah sama. maka, hargailah mereka. walau usaha hanya sekecil zarah. mentang-mentang usaha mereka di sebalik tabir, kita buat penghakiman semudah memetik jari, "oh, sumbangan mereka tak cukup lagi..." sungguh kita tidak punya hak , kerna, kita tidak tahu,  amalan baik yang manakah yang Allah bakal terima. maka, buat kita,  yang mengaku dirinya,  menyertai Jemaah. mohon untuk hargai mereka. jangan jadi ekstremis. jangan jadi poyo. jadilah pemberi semangat, yang bukan hanya bercakap lebat, tapi juga bekerja kuat,

selalu, kita ini kedekut!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. apa yang aku tulis ini, bukan hanya peringatan buat diri kamu. tapi, jua buat diri aku dan kita semua. terutamanya, buat kita,  yang menggelar diri, sebagai ahli jemaah. yang MERASAKAN DIRI, sudah bertudung labuh, sudah berkopiah sentiasa, sudah ke surau atau masjid sentiasa, sudah ke majlis ilmu selalu tanpa tertinggal satu pun kelasnya, sudah memahami apa itu penyakit hati, sudah mengetahui apa itu wabak sepanjang jalan dan segalanya, yang seangkatan dengannya, dan yang sewaktu dengannya. SELALU,  kita ini terlalu banyak syak wasangka. memandang dia yang bertudung biasa, "hmm, bilalah dia nak tutup aurat dengan sempurna?" memandang dia yang menyarungkan  cap , "hish, ikut orang barat sangat dia ni." sedangkan, adakah kita tahu, yang bertudung biasa itu baru sahaja memulakan harinya untuk berubah? yang menyarungkan  cap  itu memang cara dia?

hati dan gerak kerja

Hati dan gerak kerja, Dua benda berbeza. Jangan diletakkan sekali. Kerna,  andai diletakkan bersama, Bimbang akan menjadi lain . Dan apa yang diimpikan tidak akan dicapai. Yang dikejar terlepas, yang dikendong berciciran. Hati dan gerak kerja, Dua perkara besar. Yang memberi peranan dalam kehidupan seharian. Yang memberi kesan dalam kitaran hidup. Andai salah langkah, Ianya akan menjadi kitaran bodoh, Yang sama berulang-ulang, Tanpa membawa makna kepada ummah. Hati dan gerak kerja. Jangan pernah dibincangkan di atas meja bulat yang sama, Kerna, Meja bulat gerak kerja dan Meja bulat hati, Takkan pernah sama metodologinya dan SOPnya. Mungkin, Yang bergerak kerja dan Yang mempunyai hati (baca:cinta) itu Orang yang sama di dalam satu meja bulat Namun, Profesional-lah dalam melakukan sesuatu perkara. Kerna, Diri yang dipinjamkan ini adalah duta Islam, Andai diri cuai dan lalai, Bukan diri yang orang lihat tidak betul, N

Beruntung!

Imej
*Hadis logam. andai memahaminya.* Dia muncul kembali, Masuk semula, ke dalam organisasi itu. Tanyaku padanya, “kenapa naik balik? Memegang jawatan?” Jawabnya mudah, “nak bantu orang-orang yang nak menaikkan Islam.” TERDIAM. Sebab hadirnya dia kembali, Dengan niat dan misi yang jelas. Bukan kerna kepentingan dirinya, Bukan kerna sahabat-sahabatnya, Tapi kerna pencipta, Robbul Jalil. Pernah dia utarakan, “perbetulkan niat kenapa kamu-kamu disini, Kalau nak popular, dapatlah kamu popular. Kalau sebab kawan, dapatlah kamu kawan, Kalau sebab pencipta, maka dapatlah pencipta.” Aku diam sahaja ketika dia persoalkan kami-kami. Kiraku, Dia terlalu hebat dalam gerak kerjanya, Aku dan dia, Langit dan bumi jauhnya. Rasanya, Ingin aku berhenti dari menyertai organisasi Bawah pimpinannya. Kerna aku malu Sebab kami dilahirkan dari institut yang sama. Tapi itulah dia, Bilamana, memahami. Lebih dari segalanya, Sanggup dil

enti, sori.

Imej
Assalamualaikum. Meh nak kongsi sebuah alkisah kejujuran seorang sahabat. Suatu petang, masa ni aku tingkatan 4. Kitorang ada ujian kimia untuk penggal 2. Semangat nih menjawab walaupun aku tau aku jawab merepek. Hahaa.... ==” Kitorang jawab exam ni dalam makmal, pastu, duduk  bertentangan (boleh bayanglah kan cemana meja makmal tu).  Pastu, dengan gigihnya aku menjawab soalan yang kalau untuk budak genius, haaa... tutup mata boleh jawab. Tapi untuk aku ni haa... punyerlah perah otak nak jawab. Ditetapkan Allah azza wa jal, ada seorang sahabat yang duduk depan aku. Dia pun antara yang genius gak, laju pulak dia menjawab. Aku ni tinjau-tinjau tengok, alahai jeles je.  Ok takpe, aku jawab semampu mungkin. Ujian tamat. Beberapa hari kemudian,  Masa ni tengah beratur nak amik wudhu’ kat tempat wudhu’ untuk nak solat zohor. Tiba-tiba, dia (sahabat tadi tu) yang aku kasihi kerna Allah bersuara, “erm.. enti-enti, nak bagitau samting boleh?” Aku pun semac

dokter dan pakcik drebar

Imej
suatu hari, aku menaiki bas, mendengar pakcik drebar berbicara dengan orang  dalam telefon (bukan aku curi dengar, pakcik drebar tu cakap kuat) katanya,  "apa...? ingat kita ni drebar, diorang tu dokter-dokter, suka hati je nak bagi arahan suruh kita buat apa-apa je. diorang dokter-dokter tu nak senang je semua.  kita yang drebar ni yang tahu jalan tu, bas ni boleh masuk atau tak. kalau diorang kata, 'bas lain boleh lalu, kenapa bas ni tak boleh?' jawab balik pada diorang,'kalau nak sangat bas lain tu, naiklah bas tu. tapi bas yang drebar saya bawak, dia tak masuk.'   lepas terdengar semua itu, aku istighfar sedalam-dalamnya. betapa, terkadang kita ini, merasakan diri berpengetahuan luas,  maka patut untuk dilayan dengan sedemikian cara. mereka yang dibawah harus mengikuti cara kita. sedangkan, ilmu yang kita ada dengan ilmu yang mereka ada,  takkan pernah sama. kita mengambil cerita di atas sebagai contoh,

cakap je, senang lah.

merindui.  merindui baginda Nabi itu bukan mudah. aku bertanya pada guruku,  tentang cinta dan rindu pada baginda. ini balasnya,  "Memang kita diminta merindui Nabi.  sentiasa mengingatinya. mencurahkan rasa kasih pada baginda. Dan rasa kasih itu perlu dibuktikan, dengan belajar mengikuti cara hidupnya baik perkataan, perbuatan mahupun akhlaknya." sambungnya lagi, "MUDAH BILA BERBICARA TAPI ITULAH HAKIKAT CINTA." "SENTIASA MENUNTUT SEBUAH PENGORBANAN" lalu, aku bertanya lagi, bagaimana untuk menyubur rasa cinta? sebab diri sentiasa merasa paling teruk dlm mencintai. dijawab guruku dengan mudah, "Rasa insaf perlu ada. baru boleh menjana kekuatan. jangan berputus asa mengejar CINTA RASULULLAH." sollu alannabiy. moga Allah redha dan rahmati cikgu sentiasa,  Ustazah Norsyima binti Mohd Sati . astaghfirullah. wassalam