Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pesan ABi

9 tanda orang itu sudah matang dalam hidup

Imej
Assalamualaikum. Sembilan tanda seseorang itu sudah matang dalam kehidupan. 1) Berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri. 2) Boleh menerima orang lain seadanya. kita faham makna perbezaaan pendapat. tidak perlu taksub. 3) Berani "melepaskan" kenangan lama yang pahit. tidak berdendam dan simpan dalam hati. 4) Berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta. 5) Melakukan sesuatu, hanya untuk mendapatkan ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapatkan pujian, nilaian dan pengiktirafan orang. tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang. 6) Berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain. 7) Berhenti membandingkan nasib kita dan nasib orang lain. kita membandingkan nasib diri kita yang semalam. kita berdamai dengan diri sendiri. tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan ...

Ghurur : Terpedaya

Imej
GHURUR ( الغرور ) : TERPEDAYA ATAU TERTIPU Hakikat Ghurur: iaitu seseorang menyangka baik sesuatu yang kelihatan baik, sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan sangkaannya. Firman Allah: ﴾ يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لَّا يَجْزِي وَالِدٌ عَن وَلَدِهِ وَلَا مَوْلُودٌ هُوَ جَازٍ عَن وَالِدِهِ شَيْئًا ۚ إِنَّ وَعْدَ اللَّـهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّـهِ الْغَرُورُ ﴿٣٣) “Janganlah kehidupan dunia itu memperdayakan kamu dan janganlah perasaan ghurur itu memperdayakan kamu terhadap Allah Taala.” Luqman : 33. قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا ﴿١٠٣﴾ الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا ﴿١٠٤) Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"(103) Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangk...

4 soalan hidup di Mahsyar.

Sedikit perkongsian. Empat persoalan hidup di Mahsyar ..... perlukan jawapannya sebelum dijemput oleh Rabbil 'Izzati.. رَوى ابنُ حِبَّانَ والترمذيُّ في جامِعِه أنَّ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم قالَ: "لا تزولُ قَدَمَا عبدٍ يومَ القيامةِ حتَّى يُسألَ عن أربعٍ عَن عُمُرِه فيما أفناهُ وعن جسدِهِ فيما أبلاهُ وعن عِلمِهِ ماذا عَمِلَ فيهِ وعن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وفيما أنفقَهُ " Ibnu Hibban dan At Tirmizi meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda : " Tidak berganjak dua tapak kaki seorang hamba pada Hari Qiyamah sehinggalah ditanya tentang empat perkara : tentang UMURnya pada apakah telah dihabiskan, tentang TUBUHnya pada apakah telah digunakan, tentang ILMUnya pada apakah yang telah ia amalkan dan tentang HARTAnya dari mana diusahakannya dan pada apakah telah ia belanjakannya ". Justeru.....Persiapkanlah jawapannya dengan hidup sebagai seorang HAMBA di dunia ini... Umur demi ketaqwaan dan perjuangan... Pesan ABi (Ustaz Mohd Noor O...

Kesan Ibadat dalam diri insan

Imej
Assalamualaikum. Murabbiku berpesan tentang kesannya ibadat dalam diri kita.  Dalam tafsirnya Mukhtasar Ibnu Katsir, As Shabouni menjelaskan tentang pengertian al Ibadah sebagai : هي ما يجمع كمال المحبة والخضوع والخوف " Apa sahaja ( samaada perlakuan hati, perkataan dan perbuatan ) yang menghimpunkan kesempurnaan kecintaan, ketundukan dan ketakutan ( kepada Allah ). " Justeru, istiqamah dalam ibadahmembawa kesan yang besar dalam diri seorang muslim pada hatinya..pada tutur katanya dan juga tingkah laku perlakuan hidupnya. Firman Allah ta'ala : مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّـهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّ...

ghaflah itu lalai. merawatnya?

Imej
1. Carilah penawar hati dalam ilmu dan makrifat ..kerana segala segala kebaikan ada di dalamnya..maka hadirilah majlis-majlis ilmu untuk mencari cahaya ketenangan dan petunjuk serta barakah yang ada di dalamnya. وعن معاوية رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: (من يرد الله به خيراً يفقهه في الدين رواه البخاري Daripada Mu'awiyah RH, daripada Nabi SAW bahawa baginda telah bersabda : " Barangsiapa yang Allah mahu kebaikan pada dirinya maka Ia fahamkannya akan agamaNya ". 2. Berzikir mengingati Allah dalam semua waktu dan keadaan samaada dengan lidah mahu pun dengan hati. فعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه، أن النبي قال:  مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكره مثل الحي والميت Daripada Abu Musa Al Asy'ari RH bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Bandingan orang yang berzikir mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak berzikir seperti bandingan orang yang hidup dengan orang yang mati ". 3. Bersama dengan majlis-majlis zikir...