Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2020

Lagu Dirgahayu dan kisahnya

Imej
Assalamualaikum.  Tiada apa untuk dinyatakan, hanya terkesan dengan lagu Dirgahayu ini secara peribadi ke dalam diri ini.  Diceritakan sendiri oleh Faizal Tahir pada 28/4/2020 di dalam instgramnya, "Lagu ini adalah inspirasi dari kisah Hanzalah, sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang mati syahid dalam perang Uhud setelah baru sahaja dinikahkan. Nabi tak bagi dia datang ke medan perang supaya Hanzalah dpt bersama isterinya. Betapa mulia dan sucinya hati Rasulullah S.A.W. Tapi Hanzalah, yang sempat bersama dengan isterinya untuk satu malam dan sedang tidur mendakap isteri tercinta, mendengar seruan perang kerana musuh sudah hampir, dengan pantas bersiap ke medan perang dan datang jugak diatas niat berjuang disisi Rasulullah S.A.W demi mempertahankan agama Allah S.W.T. Dia berjuang dengan sepenuh hati. Akhirnya Hanzalah gugur syahid. Mayat Hanzalah ditemui dalam keadaan basah kuyup di tengah medan perang. Malaikat mandikan jenazah Hanzalah. Allahuakbar." Disertak