Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

hargailah ia.

Imej
Assalamualaikum.  bagaimana untuk anda-anda yang diluar sana? untuk adik-adik SPM? untuk yang baru masuk universiti? untuk kami, pelajar universiti (IPTA) yang senior, sudah masuk minggu ke-3 belajar. semoganya Allah sentiasa memberkati setiap langkah kami-kami dalam menuntut ilmu dan tidak meninggalkan kami walau hanya dengan sekelip mata.  dan yang paling penting, tidak kira siapalah kita, moga sentiasa jaga hati. jaga niat kita. sentiasa perbaharui. sentiasa ingat balik kenapa kita buat sekian dan sekian. inshaAllah dengan itu, niat kita sentiasa kerana Allah. semoga. baik, aku nak kongsi sikit tentang pengalaman. pengalaman mengajar kita sesuatu. ada sesuatu yang lain dari yang lain. pengalaman ini takkan dapat melalui pengajaran mahupun penceritaan dari mereka-mereka walaupun ibu ayah kita. sebab semua yang dihikayatkan itu adalah kisah mereka. dan hikayat agung kita-kita akan jadi pengalaman pabila kita melaluinya sendiri.  pengalaman setiap orang takkan pernah sama

siapalah kita?

siapalah kita, untuk bersangka buruk padanya. siapalah kita, untuk mengatakan dia tidak punya usaha. siapalah kita, untuk merasakan diri lebih baik dari yang lain. siapalah kita? tanya diri, tatkala, diri mula merasakan semua bebanan, diri sendiri yang lakukan. ingat, tiada siapa pun yang ingin mati sebagai pendosa, walau kita sering melakukan noda. malah, semua berlumba-lumba inginkan syurga. usaha, setiap dari kita takkan pernah sama. maka, hargailah mereka. walau usaha hanya sekecil zarah. mentang-mentang usaha mereka di sebalik tabir, kita buat penghakiman semudah memetik jari, "oh, sumbangan mereka tak cukup lagi..." sungguh kita tidak punya hak , kerna, kita tidak tahu,  amalan baik yang manakah yang Allah bakal terima. maka, buat kita,  yang mengaku dirinya,  menyertai Jemaah. mohon untuk hargai mereka. jangan jadi ekstremis. jangan jadi poyo. jadilah pemberi semangat, yang bukan hanya bercakap lebat, tapi juga bekerja kuat,