Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

Random : Life

People look for beauty.  It's life.  So, just live the life. Just be yourself. Make improvement everyday. When people needs you, they will find you.  Or else, they eradicate you for awhile.  Then, they search for you again, if they need you. When life is empty, you find blank.  When life is blank, you find a hole.  Then, that hole makes you lonely.  Just you with silence surrounding.  Either you live it or you get up and walk away from there.  Fill in the blank.  Have a fresher life for brighter surrounding.  That is life, in my eyes.   Again, people search for perfection.  Without thinking that perfection is impossible.  They just search it till the end of life.  We should live our life in moderate style. Wasatiyyah (like PM Najib always said. eh.) Help each other to gain perfection together. Since this life will be awesome if and only if we help each other. Just my random thought about this life. So, live happily and have brand new day with Lord bless

Pencarian kita sama

Dalam pencarian kita sama ditemukan, Dibawah rumpun wasilah, Generasi Pengembali Ummah. Bersama kita teruskan, Perjuangan yang indah ini, Untuk mencapai keredhaan Ilahi, Hingga ke akhirat nanti. Biar badai menghempas, Namun kita takkan cemas, Menghadapi segala rintangan. Biar badai menghempas, Namun kita takkan tewas, Menghadapi segala dugaan. #usrah

pilih kasih

Imej
Pilih kasih. Kadang tu kau takperasan kau sedang memilih kasih antara dua orang. Kata kau, kau tidak akan memilih kasih antara semua yang berada di sekeliling kau, tapi hakikatnya perbuatan kau menafikan segala kata kau itu. andai kau seorang ibu/ayah, kau takperasan perbuatan kau tu pilih kasih antara anak-anak. andai kau seorang nenek/datuk, kau takperasan perbuatan kau tu pilih kasih antara cucu-cucu. andai kau seorang kakak/abang/adik, kau takperasan perbuatan kau tu pilih kasih antara adik-beradik kau. andai kau seorang makcik/pakcik saudara, kau takperasan perbuatan kau tu pilih kasih antara anak-anak saudara kau.  andai kau seorang bos, kau takperasan perbuatan kau tu pilih kasih antara pekerja-pekerja kau, begitulah kehidupan. sehebat mana pun kau cuba untuk memberi sama-rata cinta dan kasih kau, pasti akan ada yang kau sayang lebih sikit berbanding yang lain. oleh yang demikian, pohonlah dari Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang agar cinta dan kasih dalam hatimu i

4 soalan hidup di Mahsyar.

Sedikit perkongsian. Empat persoalan hidup di Mahsyar ..... perlukan jawapannya sebelum dijemput oleh Rabbil 'Izzati.. رَوى ابنُ حِبَّانَ والترمذيُّ في جامِعِه أنَّ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم قالَ: "لا تزولُ قَدَمَا عبدٍ يومَ القيامةِ حتَّى يُسألَ عن أربعٍ عَن عُمُرِه فيما أفناهُ وعن جسدِهِ فيما أبلاهُ وعن عِلمِهِ ماذا عَمِلَ فيهِ وعن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وفيما أنفقَهُ " Ibnu Hibban dan At Tirmizi meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda : " Tidak berganjak dua tapak kaki seorang hamba pada Hari Qiyamah sehinggalah ditanya tentang empat perkara : tentang UMURnya pada apakah telah dihabiskan, tentang TUBUHnya pada apakah telah digunakan, tentang ILMUnya pada apakah yang telah ia amalkan dan tentang HARTAnya dari mana diusahakannya dan pada apakah telah ia belanjakannya ". Justeru.....Persiapkanlah jawapannya dengan hidup sebagai seorang HAMBA di dunia ini... Umur demi ketaqwaan dan perjuangan... Pesan ABi (Ustaz Mohd Noor O

Manusia itu sifatnya resah

Manusia itu sifatnya resah, Sifatnya cepat mengeluh, Sifatnya banyak mengadu, Itu memang fi'il yang Tuhan tetapkan. Tapi berbaliklah kepada Dia, Untuk setiap resah gelisah, Keluh kesah dan aduan. Kerana Dia amat cinta, Untuk mendengar semua butir kata hamba Dia. Hanya kita, Yang meletakkan Tuhan itu yang pertama, Atau yang kedua, Atau yang terakhir, Atau tiada langsung dalam senarai pengaduan kita? #manusiapelbagaisikap astaghfirullah wassalam

Cerita lama

Memori lama, Cerita lama, Kisah lama. Hargailah setiap satu itu. Hargailah setiap detik itu. Kerana, Semua yang lama-lama itu, Yang menjadikan kau yang sekarang. Janganlah kau abaikan memori dan pengalaman kau, Kerana dengan memori itu, Kau akan tertawa atas kenangan indahnya, Kerana dengan pengalaman itu, Kau jadikannya batasan dalam hidup kau untuk terus maju jaya mencapai redha Ilahi. #memoriberkasih #duajamaah #duatarbiyyah astaghfirullah wassalam

Kita sayang Tuhan tak?

Kau cari Tuhan, Kata kau takjumpa. Konon Tuhan sudah taksayang pada kau lagi. Konon Tuhan taknak kau hamba-Nya lagi. Kau cari Tuhan, Kata kau taktahu dimana. Dakwa kau Tuhan itu tiada. Sedangkan Tuhan di atas sana, Menanti engkau pulang kepada-Nya. Janji-Nya, Kau merangkak pada-Nya, Dia berjalan kepada kau. Kau berjalan pada-Nya, Dia berlari kepada kau. Kau selangkah pada-Nya, Dia seribu langkah kepada kau. Lalu, Sebenarnya kau yang, taknak jumpa atau, taknak cari? #Tuhansayangkita #kitasayangTuhantak astaghfirullah wassalam

Kesian bosan.

Bosan, Kau kata kau bosan. Sebab takde apa nak buat. Sebab taktahu nak buat apa. Tapi, Kau sebenarnya yang izinkan bosan itu hadir. Sebab kau tak cari kerja. Sebab kau tak cari nak buat apa. Sudahlah tu dengan bosan. Kesian pada bosan. Dia dipersalahkan oleh kau. Sedangkan kau yang salah. Sedarlah diri. #bosanmakhlukTuhanjuga #sedardiri astaghfirullah wassalam

sebarkan aura bahagia, takkan nak ceria sendiri aje.

Imej
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku nak kongsi sikit, Kebahagiaan dari kacamata aku. Bahagia adalah satu perasaan yang takdapat dielak dalam diri seorang manusia. Bahagia dapat dilihat bilamana seorang itu senyum, tenang, gembira, tertawa. Berdasarkan kamus dewan edisi ke empat, kebahagiaan adalah perasaan bahagia, kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan setiap orang tafsirkan bahagia itu tak sama. Sebab masing2 ada cara tersendiri untuk mencapai bahagia. Ini dari pandangan dan kacamata aku, bahagia itu bila kita dapat buat orang tersenyum dan kita pun senyum juga. Maknanya, kita tengok orang lain bahagia atas usaha kita, kita akan bahagia juga. Masa aku kecik, apa yang aku faham dengan bahagia adalah kita dapat barang yang kita nak. Aku senyum, suka, riang, mak ayah aku pun senyum riang juga. Masa tu, aku rasa itulah bahagia. Bila masuk sekolah, takrifan kebahagiaan yang baru pula muncul, bilamana dapat gred bagus, aku senyum. Itu bahagia yang aku faham