Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

DUIT

Imej
Assalamualaikum. D.U.I.T pernah dengar ungkapan ini terutamanya untuk mereka yang selalu ke kem motivasi? inilah dia, D=Doa U=Usaha I=Ikhtiar / Istiqomah T=Tawakkal DUIT ini amat terkenal di kalangan pelajar tapi apakah selain pelajar tidak perlukan kuasa DUIT ini? contoh (1), menjawab peperiksaan/ujian sebagai seorang pelajar. seringkali diingatkan untuk merapatkan hubungan dengan Allah sebab doa adalah senjata paling ampuh. tapi kerapkali, ramai yang lupa hakikat ini untuk berdoa sentiasa. hanya berdoa bila perlu. contoh (2), institut sukan. berlatih bersungguh-sungguh, pagi-petang-malam. tapi, dimanakah bahagian usaha dari segi rohaninya, iaitu Solat (lagi-lagi solat hajat)? nampak mudah benda ini, tapi taksemua orang mampu buat. alhasilnya, ramai yang merasakan kejayaan adalah hasil dari usaha keras diri sendiri. betulkan? contoh (3), politik. sebaik mana satu-satu parti itu, tapi sekiranya  munajat kepada Allah tak dilaksanakan sebagai salah satu usaha roha

HARI KIAMAT, bagaimana gambarannya?

Imej
Assalamualaikum. Kiamat. bila tiba waktunya, ibu takkisah pada anak, anak takkisah pada ibu, suami tak ingat pada isteri. semua hanya ingin menjaga kepentingan sendiri. yang penting jiwa selamat.  aku bawakan dua kisah yang pada aku ada iktibar besar boleh kita ambil. Pertama, satu kisah yang aku kira lucu tapi boleh diambil iktibar. Diceritakan oleh pensyarah lelaki aku,  "Masa saya muda dulu, saya pergi dating di Pavillion. masa tengah jalan-jalan tu, dengar satu bunyi letupan bom. saya pun apalagi, lari lah dulu. jauh jugak saya lari. tiba-tiba saya berhenti, dan saya baru teringat saya dah tertinggalkan awek saya.  bila saya pergi semula ke tempat tadi, awek saya masih di situ. dia marah saya sebab tinggalkan dia seorang diri kat situ dalam ketakutan (yerlah, kan bunyi bom).  lepastu, terus awek saya minta putus, sampai situ saja lah kisah saya. dan saya tak dating  dah lepastu." Kedua, satu kisah yang diceritakan oleh ustaz dalam

Kehidupan dan hamba

Imej
Assalamualaikum. Kehidupan. Kompleks kan? bukan ingin merungut, hanya mengambil iktibar. Kehidupan berkisar kepada kelahiran, tumbesaran, kebahagiaan, kesusahan, akhirnya mati. sebagai contoh, Pada bulan 6 tahun 2016, KELAHIRAN; anak buah aku yang keempat dilahirkan. KEBAHAGIAAN; kakak saudara aku bertunang. anak kepada Tuan Guru Haji Rifaie berkahwin. KESUSAHAN; menyediakan perkara-perkara untuk Kem Leadtra Kolej 17 (hahaha, tetibe!) KEMATIAN; Allahyarham Tuan Guru Haji Salleh bin Musa meninggal (Alfatihah) lihat, hanya berkisar pada kesemua ini sahaja yang sememangnya akan terus terjadi hingga akhir detik waktu yang Allah tetapkan. Pasti! tapi, apa yang menjadikan kehidupan ini bermakna? pastinya, amal ibadat yang diredhai. kehidupan yang berkualiti. amal baik yang dibuat tiada henti; ikhlas.... (kau senaraikan sendiri selebihnya.. harhar) lalu, bagaimana untuk menjadikannya bermakna? memahami erti kehidupan ini, iaitu HAMBA. Hamba.  ujianny