Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

comelnya!

assalamualaikum... ustaz kecil ini namanya attar musharih dari Indonesia, comel sungguh.. silalah tengok.. baru tahu dia comel atau tak. comelkan??? walaupun ustaz cilik ni tazkirah perkara yang kita dah selalu dengar, tapi ambillah ibrah sebab Allah berfirman; "berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang -orang beriman." p/s:maaf, saya tak pasti ayat ini daripada surah mana. kalau ada yang ingat, sila beritahu.. thanks. astaghfirullah, wassalam.

Kisah NADWAH

Imej
assalamualaikum... Nadwah??? hingga ke hari ini masih terasa kebahagiaan dapat ilmu dalam kepenatan itu walaupun ada beberapa kali saya terlentok juga... 21/11/2010 ,AHAD malam ini, saya keluar awal, jam 9pm.. saya pada mulanya nak kata pada mama:" keluar lambat sikit?" tapi mama yang semangat jadi saya hanya turut kata bos. selesai solat dan doa, bertolak dan sampai di hentian DUTA jam 9.30pm. wah, sampai awal, semangat ni... tapi mama kata tunggu dalam kereta sebab cikgu memberitahu yang seharusnya berkumpul jam 10.30pm... hah, apalagi, tidur lah dalam kereta 1 jam.. bila bangun je tidur, dah pukul 10.30pm, memang sedang elok, keluar kereta, angkut beg yang berat, dan bawa masuk dalam. tetibe ada pulak ulat tiket tanya :"alor setar?" saya jalan saja dari situ bersama dengan muka yang tidak kisah.. akhirnya, jumpa cikgu Raihan di tempat menunggu bas. tunggu punya tunggu, semua sudah tiba dan kini hanya menuggu bas MARALINER. janji jam 11.3

nadwah (kursus)

assalamualaikum... asar tadi telah menandakan tamatnya Raya Idul Adha... rasa sedih itu ada sebab tak tahu tahun depan masih dapat bersua kembali atau tidak... hari esok, ahad, 21 nov 2010, saya dan teman-teman bakal menuju ke sungai petani untuk nadwah kepimpinan... rasa takut itu memang ada tapi gagahkan juga diri untuk dapatkan ilmu yang tak tentu lagi boleh dapat dalam masa beberapa tahun akan datang. doakan saya dan teman-teman supaya selamat dalam perjalanan dan dapatkan ilmu banyak. bukan setakat itu, dapat ilmu yang banyak untuk dimanfaatkan untuk kesejahteraan umat ISLAM dan ISLAM itu sendiri.. moga doa kamu semua dapat pahala yang setanding daripada ALLAH. berkah dan rahmat-NYA juga.. ameeen. astaghfirullah, wassalam.

lawatan ke Nuklear Malaysia

Imej
assalamualaikum... post yang kali ini adalah tentang Agensi Nuklear Malaysia (bawah MOSTI). saya nak post dengan segera sebab takut lupa pulaklah isinya, ok, saya pergi Agensi Nuklear Malaysia ni sehari selepas KESAS '10. memang penat tapi memang best sebab dapat ilmu baru. Agensi Nuklear Malaysia atau mudahnya Nuklear Malaysia. bila tiba sahaja di Nuklear Malaysia, kami terus masuk, pegawai perhubungan am (tak ingat nama) terus beri ucapan. dia menceritakan tentang kronologi Nuklear Malaysia yang suatu masa dulu namanya CRANE (70an). dia bertanya kepada kami tentang nuklear. apa yang kami tahu. apa lagi kalau bukan nuklear adalah untuk buat bom. itu saja yang diuar-uarkan, itulah yang kami tahu... hahahah, rupa-rupanya, nuklear juga ada banyak kegunaannya selain daripada untuk bom... kegunaannya adalah untuk penyelidikan, pertanian dan macam-macam lagi. orang itu terus-menerus bercerita.. tapi beberapa minit terakhir, saya tertidur-tidur.. tanpa disengajakan, saya dah c

KESAS '10

Imej
assalamualaikum... seperti yang dikatakan, saya akan menulis tentang perkhemahan asas 2010... saya tidak pernah menjadi AJK program syabab, selalunya hanya AJK program tarbiyah... ok, oleh sebab ini adalah yang kali pertama, maka muka tertanya-tanya saya muncul... muka tak tahu apa-apa (boleh bayang?) orang kata, muka 'innocent'... gitulah kiranya,,,

IDUL ADHA..

assalamualaikum.. apa khabar? lama dah saya rasa saya tak post.. seperti yang sedia maklum, saya menghadapi minggu peperiksaan yang cukup panjang ( sungguh penat )... sebenarnya nak cerita tentang pengalaman ke KEM ASAS'10, ke AGENSI NUKLEAR MALAYSIA.. tapi cerita satu-satu ye??? fokus utama kali ini ialah tentang raya IDUL ADHA.. semua sedia maklumkan raya ni memang orang akan buat qurban.. sunnahkan benda tu,, jadi, tempat saya pun ada buat juga. saya tinggal di Taman Maju Jaya Fasa 3. qurban yang dilakukan adalah di surau al-huda.. surau saya ada 4 ekor lembu tapi lembu semuanya kurus-kurus... kalau nak lembu besar kena bayar mahal... haha, teringat satu cerita, (tazkirah ramadhan surau saya)... ceritanya begini, ustaz tu bercerita :"semua nak bayar murah-murah untuk qurban, cari punya cari, jumpa yang RM350, tak mau, mahal. cari lagi, jumpa RM300, tak nak jugak, mahal.. cari lagi, jumpa pulak RM280, takmau jugak.. taktaulah nak yang berapa ratus punya untuk s