Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

tiada cinta ; mengundang jemu

Imej
"Bilamana amal yang dibuat tanpa cinta, akan mengundang jemu" ayat yang ringkas dan padat ini dari Ustaz Muhammad Fuad, Pembimbing Majlis Ta'lim Nurul Syariah (MTNS). Lahirkanlah cinta walaupun sedikit-sedikit, kerana bila ada cinta akan mengurangkan rasa jemu. lahirkan cinta untuk amal. lahirkan cinta untuk buat baik. begitu juga dengan orang bercinta, dalam marak cinta, jemu itu payah sekali untuk hadir. bila bercinta dengan amalan, bercinta dengan kebaikan, bercinta untuk berkasih dengan Rasulullah SAW, bercinta untuk bertemu dan berkasih dengan Allah, jemu, bosan, malas akan berkurangan. payah untuk bercinta andai tidak kenal, sesuai dengan pepatah melayu, takkenal maka tak cinta. walaupun pepatah ini biasa dengar, tapi susah nak praktik. benar? begitu juga bila tak suburkan cinta kepada Allah dan Rasul. sebab itu senang dan mudah untuk rasa jemu, malas. dikisahkan, seorang sahabat nabi (nama tak ingat)... beliau tidak boleh tidak berjumpa Nabi bar