Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

ISN ajar aku positif

Imej
Assalamualaikum. Senyum. ramai orang tahu senyum itu sedekah. tapi, benarkah aku dan kau memaknainya? tempat aku buat latihan industri (LI) untuk Tahun 3 Sains Bioperubatan adalah di Institut Sukan Negara (ISN). pengalaman yang aku dapat dari ISN adalah senyum. asal jumpa orang je senyum. sesiapa terserempak dengan aku walau aku takkenal pun dia, dia akan senyum dan senyuman dia itu adalah ikhlas. Allahu. sangat indah budaya ini. senyum. ada seorang Pakcik India ni, dia pekerja di ISN. asal terjumpa je dia akan ucapkan Selamat Pagi, Selamat Petang. rasa sangat dikenali walau hanya ucapan itu dan senyuman itu (padahal budak LI je). tambahan pula, aku LI kat makmal ISN, lagilah orang takkenal kalau diorang takdatang ke makmal perubatan ISN, hahaha. tapi, senyuman tetap diorang bagi. dari pegawai, pekerja, tukang bersih, sampailah atlet, suka benar senyum. lagi satu nilai positif aku dapat, ada sorang akak ni aku selalu ternampak dia solat dhuha di surau ISN. kat ISN