Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

awlawiyat kita

Imej
kata Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna, "Al-wajibat ak-tsaru minal auqaat" maksudnya,  "kerja-kerja lebih banyak daripada masa yang ada" kau kata, "alaa, tak cukup masa." kau bilang, "hmm... aku bizilah" tapi hakikatnya, di waktu senggang,  kau dahulukan minat mu. di waktu lapang,  kau dahulukan hobi mu. maka, bagaimana mungkin,  untuk yang aula itu siap dahulu? kerana kau dahulukan yang tidak aula langsung.! lantas, bila orang bertanya,  "eh, dah siap kerja?" "eh, dah stadi ke?" "eh, dah buat lab repot?" lantas, kau dengan mudahnya menjawab, "alaa... aku tak sempat lagi nak buat." aku hairan, kau jadi bingung, kau jadi tertekan, kau jadi serabut, kelam kabut, disebabkan kerja-kerja mu yang tertangguh itu. namun, yang harus ditangguhkan itu, tidak kau tangguh. malah, yang perlu didahulukan, kau tak dahulukan. tiba-tiba,

datanglah bila tiba masa.

Nafas panjang ku hela , Bila di ajak berbicara tentang itu ,  aku ,  ketandusan idea , fikiranku jadi gersang , Bukan menolak , atau apa , Jiwaku ,  seakan mati  ,  bila di ajak berbicara tentang indahnya bunga-bunga cinta , Jiwaku ,  seakan mati ,  bila bertemu dengan orang-orang yang ghairah bercakap tentang cinta , Lidah jadi berat ,  hati malas melihat . Bukannya apa ,  aku . takut .  saat hati membenarkan terlihatnya cinta .  saat hati membenarkan di sentuh , aku tewas .  hatiku berzina . sedangkan ,  Tuhan melihatku ,  Tuhan menumpahkan cintaNya pada seketul daging ini . Hati . Benar ,  aku juga punya keinginan ,  namun belum masanya ,  aulanya ,bukan pada 'itu' , Aku ,  sudah menetapkan ,  Cinta ini harus berlagu yang bagaimana , asal tak menjauh dari redhaNya ,  asal tak menggugah juang ini , kepada si dia , kamu . ya, kamu lah . kau . ada yang mahu kau kejar ,  sebelum kau ada aku . aku

Kesan Ibadat dalam diri insan

Imej
Assalamualaikum. Murabbiku berpesan tentang kesannya ibadat dalam diri kita.  Dalam tafsirnya Mukhtasar Ibnu Katsir, As Shabouni menjelaskan tentang pengertian al Ibadah sebagai : هي ما يجمع كمال المحبة والخضوع والخوف " Apa sahaja ( samaada perlakuan hati, perkataan dan perbuatan ) yang menghimpunkan kesempurnaan kecintaan, ketundukan dan ketakutan ( kepada Allah ). " Justeru, istiqamah dalam ibadahmembawa kesan yang besar dalam diri seorang muslim pada hatinya..pada tutur katanya dan juga tingkah laku perlakuan hidupnya. Firman Allah ta'ala : مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّـهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّ

kau katakan nanti...?

seruan lima waktu . adakah kita menepatinya. atau kita culas.  sungguh Allah maha melihat dan maha mengetahui. Ayuh! perbaiki diri.  semoga diberkati dan diredhai. terdengar suara azan tinggalkan semua urusan  ayuh-ayuh mari teman laksanakan perintah TUHAN namun kau katakan nanti nanti sekejap lagi kau sering katakan tunggu atau pergi dahulu bergema alunan azan puji kebesaran TUHAN ayuh-ayuh semua insan mari menuju kejayaan namun katamu tiada waktu  biar saja berlalu dibuai helah duniamu seakan tak bersyukur manusia terlena dalam mimpi indah cinta dunia yang fana' hanya sementara manusia terlupa janji pada TUHANnya tajuk : seruan lima waktu oleh : Mirwana astaghfirullah, wallahu'alam. saya pun masih belajar dan banyak dosanya. moga bermanfaat buat anda-anda yang coolio semua. :) fi amanillah.