Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

dakwah itu perlu , bukan ikut hati

Imej
assalamualaikum, Dakwah? Hmm.. kenapa berat kedengarannya  untuk dilaksanakan? Kenapa? Sebahagian para remaja kini, untuk mendengarnya sahaja telah terasa berat, inikan  pula untuk mengucapkannya. Telinga pekak dan lidah kelu dan yang terbayang di lubuk hatinya pasti urusan yang berkaitan dengan janggut, kopiah, baju koko, kain pelekat, dan tudung. Well, tidak salah anggapan tersebut. hanya kurang tepat mungkin? Mereka berpendapat adanya pemisah antara dakwah dan kehidupan umum. Kesannya jika berdakwah adalah dari kalangan kanak-kanak dari persekolahan Maktab  atau dari kalangan orang yang aktiviti sehariannya hanyalah mengaji, mengaji dan mengaji. Golongan remaja yang kerjanya menikmati kehidupan tidak sesuai dengan konsep dakwah. Begitu?  Dakwah juga sering dikaitkan dengan mendengar lagu-lagu nasyid semacam Demi Masa -nya Raihan. Bukan tugas para remaja yang hobinya mendengar lagu-lagu pop macam Terima Kasih Cinta -Afgan. Halah, itu salah sama sekali. Bukan itu yang dik

suci sekeping hati

assalamualaikum... dengar lagu daripada playlist, nasyid... Suci Sekeping Hati Album : Kembara Cinta Munsyid : Saujana http://liriknasyid.com Sekeping hati dibawa berlari Jauh melalui jalanan sepi Jalan kebenaran indah terbentang Di depan matamu para pejuang Tapi jalan kebenaran Tak akan selamanya sunyi Ada ujian yang datang melanda Ada perangkap menunggu mangsa Akan kuatkah kaki yang melangkah Bila disapa duri yang menanti Akan kaburkah mata yang meratap Pada debu yang pastikan hinggap Mengharap senang dalam berjuang Bagai merindu rembulan di tengah siang Jalannya tak seindah sentuhan mata Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba moga terhibur... *mengubati sikit hati saya yang resah ini.. Alhamdulillah astaghfirullah, wassalam

rasa hati

Imej
assalamualaikum.... saya sering kali saja mengalami perasaan ini, mungkin kamu yang membaca boleh membantu saya. mari baca soalan saya. bunyi begini, Kenapa hati merindui pada suatu yang tidak pasti? Mendamba kasih yang samar? Sedangkan KASIH YANG PASTI, tidak perlu dirindui atau didamba telah sedia ada namun TIDAK JUGA DIBALAS...   kenapa sering saja muncul persoalan ini? saya merasa sungguh kacau dengan perkara ini. ya, saya tahu perkara ini fitrah namun bila sekali terfikir, terus-menerus menerjah dan sukar sekali untuk berhenti. saya suka melihat mereka yang damai hatinya bersama dengan KASIH YANG PASTI. saya suka namun amat sukar untuk saya mengikutinya bukan tidak mahu tapi, tapi, tapi.. Ya ALLAH, sungguh susah! tiada tahu saya perlu ucapkan apa... saya rasa amat cemburu dengan mereka yang sayang ALLAH lebih... bukan cemburu apa cuma bagaimana dia dapat menggapai kasih itu... YA, SAYA NI BANYAK CEMBURUNYA. senang hati melihat mereka yang berjaya menjumpainy

Tapi tak apa...

Imej
assalamualaikum... "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS , Al-Baqarah : 216) apakah perasaan anda jika anda telah mencari wang dana untuk menuju ke sebuah destinasi secara bersama-sama dengan kawan, namun akhirnya dihalang daripada pergi atas beberapa sebab yang tidak boleh dielakkan.   ya, saya mengalami masalah ini, walaupun saya sedih pada awalnya, namun apabila melihat , tadabbur semula ayat di atas, saya menjadi beransur tenang dan tidak terlalu memikirkannya, bila kawan saya pulang, saya melihat gambar-gambar di paparan, saya kembali memikirkannya dan jadi amat cemburu... saya cemburu sebab, kawan saya dapat pengalaman, saya tak dapat, tapi tak apa... kawan saya dapat merasai kemanisan ukhwah, saya tak d

MUST SEE VIDEO!!!

assalamualaikum... video ini adalah tentang satu penyelidikan oleh orang arab di negara mereka. kerinduan mereka pada Nabi Muhammad SAW sangat tinggi sedangkan saya??? akan saya cuba perbaiki dan sentiasa selawat kepadanya kerana dalam satu hadis, dinyatakan bahawa orang yang bakhil adalah orang yang apabila disebut nama nabi orang itu tidak berselawat kepadanya.. bersempena dengan maal hijrah, tiada apa yang boleh kita kenang melainkan hanya keperitan nabi dalam menegakkan Islam itu sendiri. namun, kita dapat lihat di negara kita, Malaysia melakukan sesuatu yang mereka rasakan maal hijrah perlu disambut dengan kegembiraan sedangkan perkara sebenar yang berlaku adalah sebaliknya.tidak salah untuk melakukan sedikit jamuan untuk penghargaan bagi mereka yang hadir mendengar namun mereka2 ini lebih mengutamakan makan... ya, mungkin apa yang saya katakan ini seperti tiada apa, cumanya saya ingin kamu-kamu yang membaca blog saya untuk sedar bahawa memahamkan masyarakat tentang hi

Kubur 4 Darjat : Antara Halal dan Haram

Imej
assalamualaikum, sedikit artikel daripada http://www.tranungkite.net/v11/, moga dapat kita ambil ibrah daripada artikel ini...   Gambar kubur 4 darjat: Antara Halal & Haram Posted on Monday, November 29 @ 22:39:07 PST Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Oleh Saiful Bahri Mamat Apabila media mempamerkan gambar kubur kontroversi sebuah kubur di Tanah perkuburan Islam di Kampung Kajang Sebidang, daerah Tumpat telah mencetuskan tanda-tanya dikalangan penduduk. Pihak Pejabat Agama islam Daerah Tumpat telah mengarahkan binaan diatas kubur tersebut diruntuhkan.   "Imam kampung ini beritahu saya, dia terima panggilan telefon daripada Pejabat Agama Islam Daerah Tumpat pada pagi Ahad lalu mengarahkan saya merobohkan bahagian bumbung pondok tersebut tetapi saya mengambil keputusan merobohkan semuanya," kata Zuber 60 ketika ditemui wartawan di rumahnya. Tambahnya, keputusan itu dibuat secara spontan kerana beliau tidak pernah menjadikan kubur tersebut sebagai

comelnya!

assalamualaikum... ustaz kecil ini namanya attar musharih dari Indonesia, comel sungguh.. silalah tengok.. baru tahu dia comel atau tak. comelkan??? walaupun ustaz cilik ni tazkirah perkara yang kita dah selalu dengar, tapi ambillah ibrah sebab Allah berfirman; "berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang -orang beriman." p/s:maaf, saya tak pasti ayat ini daripada surah mana. kalau ada yang ingat, sila beritahu.. thanks. astaghfirullah, wassalam.

Kisah NADWAH

Imej
assalamualaikum... Nadwah??? hingga ke hari ini masih terasa kebahagiaan dapat ilmu dalam kepenatan itu walaupun ada beberapa kali saya terlentok juga... 21/11/2010 ,AHAD malam ini, saya keluar awal, jam 9pm.. saya pada mulanya nak kata pada mama:" keluar lambat sikit?" tapi mama yang semangat jadi saya hanya turut kata bos. selesai solat dan doa, bertolak dan sampai di hentian DUTA jam 9.30pm. wah, sampai awal, semangat ni... tapi mama kata tunggu dalam kereta sebab cikgu memberitahu yang seharusnya berkumpul jam 10.30pm... hah, apalagi, tidur lah dalam kereta 1 jam.. bila bangun je tidur, dah pukul 10.30pm, memang sedang elok, keluar kereta, angkut beg yang berat, dan bawa masuk dalam. tetibe ada pulak ulat tiket tanya :"alor setar?" saya jalan saja dari situ bersama dengan muka yang tidak kisah.. akhirnya, jumpa cikgu Raihan di tempat menunggu bas. tunggu punya tunggu, semua sudah tiba dan kini hanya menuggu bas MARALINER. janji jam 11.3

nadwah (kursus)

assalamualaikum... asar tadi telah menandakan tamatnya Raya Idul Adha... rasa sedih itu ada sebab tak tahu tahun depan masih dapat bersua kembali atau tidak... hari esok, ahad, 21 nov 2010, saya dan teman-teman bakal menuju ke sungai petani untuk nadwah kepimpinan... rasa takut itu memang ada tapi gagahkan juga diri untuk dapatkan ilmu yang tak tentu lagi boleh dapat dalam masa beberapa tahun akan datang. doakan saya dan teman-teman supaya selamat dalam perjalanan dan dapatkan ilmu banyak. bukan setakat itu, dapat ilmu yang banyak untuk dimanfaatkan untuk kesejahteraan umat ISLAM dan ISLAM itu sendiri.. moga doa kamu semua dapat pahala yang setanding daripada ALLAH. berkah dan rahmat-NYA juga.. ameeen. astaghfirullah, wassalam.

lawatan ke Nuklear Malaysia

Imej
assalamualaikum... post yang kali ini adalah tentang Agensi Nuklear Malaysia (bawah MOSTI). saya nak post dengan segera sebab takut lupa pulaklah isinya, ok, saya pergi Agensi Nuklear Malaysia ni sehari selepas KESAS '10. memang penat tapi memang best sebab dapat ilmu baru. Agensi Nuklear Malaysia atau mudahnya Nuklear Malaysia. bila tiba sahaja di Nuklear Malaysia, kami terus masuk, pegawai perhubungan am (tak ingat nama) terus beri ucapan. dia menceritakan tentang kronologi Nuklear Malaysia yang suatu masa dulu namanya CRANE (70an). dia bertanya kepada kami tentang nuklear. apa yang kami tahu. apa lagi kalau bukan nuklear adalah untuk buat bom. itu saja yang diuar-uarkan, itulah yang kami tahu... hahahah, rupa-rupanya, nuklear juga ada banyak kegunaannya selain daripada untuk bom... kegunaannya adalah untuk penyelidikan, pertanian dan macam-macam lagi. orang itu terus-menerus bercerita.. tapi beberapa minit terakhir, saya tertidur-tidur.. tanpa disengajakan, saya dah c