pelangi syurga
Assalamualaikum, pekaba teman2?? harini, saya ingin membicarakan sedikit tentang sebuah kata-kata yang disebut oleh USTAZ YUSUF MANSUR di INDONESIA... matahari, hujan, pelangi... apa kaitannya? falsafah ustaz ni mcm ni bunyinya, "ANDAINYA MATAHARI ADALAH KESENANGAN DAN ANDAINYA HUJAN ADALAH KESUSAHAN, MAKA KITA SELAKU MANUSIA MEMERLUKAN KEDUA-DUANYA UNTUK MELIHAT PELANGI" faham tak apa yang nak disampaikan oleh ustaz ni??? kita lihat satu-satu, matahari,,, manusia akan sentiasa merasa senang bila bersama matahari *walaupun kadang-kadang terik gak.. betul tak??? apabila matahari memancar dengan bersinar, pasti mudah segala-galanya pada hari tersebut.. namun, apabila hujan turun dengan lebatnya, pasti segala kerja akan tergendala, kalau berjalan pun, mungkin sikit sahaja... bukankah begitu???? tapi, siapa sangka, disebalik matahari yang memancar dan hujan yang lebat itu, kita sebagai manusia memang memerlukan kedua-duanya untuk tengok pelangi ya