pelangi syurga












Assalamualaikum,

pekaba teman2??
harini, saya ingin membicarakan sedikit tentang sebuah kata-kata yang disebut oleh USTAZ YUSUF MANSUR di INDONESIA... matahari, hujan, pelangi... apa kaitannya?

falsafah ustaz ni mcm ni bunyinya,
"ANDAINYA MATAHARI ADALAH KESENANGAN DAN ANDAINYA HUJAN ADALAH KESUSAHAN, MAKA KITA SELAKU MANUSIA MEMERLUKAN KEDUA-DUANYA UNTUK MELIHAT PELANGI"

faham tak apa yang nak disampaikan oleh ustaz ni???
kita lihat satu-satu,
matahari,,,
manusia akan sentiasa merasa senang bila bersama matahari *walaupun kadang-kadang terik gak..
betul tak???
apabila matahari memancar dengan bersinar,
pasti mudah segala-galanya pada hari tersebut..
namun,
apabila hujan turun dengan lebatnya,
pasti segala kerja akan tergendala,
kalau berjalan pun, mungkin sikit sahaja... bukankah begitu????
tapi, siapa sangka,
disebalik matahari yang memancar dan hujan yang lebat itu,
kita sebagai manusia memang memerlukan kedua-duanya untuk tengok pelangi yang indah lagi menawan.....
apakah simbolik yang kamu dapat garap???
mudahnya,
kehidupan ini ada susah senangnya,,
walaupun perkara itu adalah yang paling senang bagi kita...
akan wujud juga susahnya, walaupun tak banyak...
matahari adalah senang manakala hujan adalah kesusahan,
apabila telah kita harungi,
kita akan dapat melihat pelangi yang indah sebagai natijah dalam kehidupan...
dan natijah terbesar dalam kehidupan iaitu kehidupan akhirat dengan mendapat syurga...
nampakkan apa maksud falsafah ustaz ni????
hmm,,
bagi mengakhiri post ni,
saya beri satu kata-kata hikmah,

"Kadang kita meminta pada ALLAH, setangkai bunga yang indah, tapi, ALLAH SWT berikan kaktus yang berduri, kita meminta kupu-kupu tapi diberikan ulat. Kita pun sedih, kecewa bahkan marah! Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik, itulah jalan ALLAH SWT, indah pada waktu-NYA! ALLAH tak berikan apa yang kita harapkan, tapi ALLAH SWT memberikan apa yang kita perlukan. Kadang kita kecewa, sedih, terluka, berburuk sangka, tapi jauh di atas segalanya, ALLAH sedang merungkai segala yang terbaik dalam hidup kita agar kita belajar untuk selalu ikhlas dan redha."


sekian, astagfirullah,
wassalam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya