apa tujuan mu?
assalamualaikum, ni nak kongsi satu cerita ni. sudi atau tidak? sudi ke tak sudi, itu bergantunglah pada diri anda sebab anda yang berkuasa utk menekan butang pangkah di atas sebelah kanan. wokeyh, sambung. bunyinya begini.... Seorang lelaki bertemu seorang ahli sufi terkenal, Bisyr bin Harits untuk mengucapkan selamat berpisah kerana dia hendak mengerjakan ibadah haji buat kali ke 2 . lalu si lelaki itu berkata, " Aku berniat pergi haji . Adakah sesuatu yang hendak engkau sampaikan padaku untuk aku lakukan?" tanya Bisyr, "berapa banyak wang yang kau siapkan untuk bekalan ?" jawab si lelaki, " 2 ribu dirham." kata Bisyr, " apa tujuan engkau mengerjakan haji kali ke-2 ini? apakah kerana 1) ZUHUD TERHADAP DUNIA atau 2) UNTUK MELEPASKAN KERINDUAN KEPADA BAITULLAH atau 3) UNTUK MENCARI REDHA ALLAH ??" jawab si lelaki dengan tegas, "DEMI MENCARI KEREDHAAN ALLAH." kata Bisyr , "Sekiranya engkau datang meraih keredhaan ALLA...