apa tujuan mu?


assalamualaikum, ni nak kongsi satu cerita ni. sudi atau tidak?

sudi ke tak sudi, itu bergantunglah pada diri anda sebab anda yang berkuasa utk menekan butang pangkah di atas sebelah kanan.

wokeyh, sambung.

bunyinya begini....

Seorang lelaki bertemu seorang ahli sufi terkenal, Bisyr bin Harits untuk mengucapkan selamat berpisah kerana dia hendak mengerjakan ibadah haji buat kali ke 2 . lalu si lelaki itu berkata, " Aku berniat pergi haji . Adakah sesuatu yang hendak engkau sampaikan padaku untuk aku lakukan?" 


tanya Bisyr, "berapa banyak wang yang kau siapkan untuk bekalan ?"

jawab si lelaki, " 2 ribu dirham."

kata Bisyr, " apa tujuan engkau mengerjakan haji kali ke-2 ini? apakah kerana 


1) ZUHUD TERHADAP DUNIA atau

2) UNTUK MELEPASKAN KERINDUAN KEPADA BAITULLAH atau
3) UNTUK MENCARI REDHA ALLAH

??"


jawab si lelaki dengan tegas, "DEMI MENCARI KEREDHAAN ALLAH."

kata Bisyr , "Sekiranya engkau datang meraih keredhaan ALLAH, sedangkan engkau tetap tinggal di rumahmu dengan menginfakkan 2 ribu dirham itu, apakah engkau bersedia untuk melakukannya?"

jawab lelaki tadi dengan semangat, "ya!"





sambung Bisyr lagi, " kalau begitu, pergilah infakkan wang 2 ribu dirham itu untuk menolong manusia lain. 


1) seorang yang terbeban dengan hutangnya lalu engkau membayar hutangnya.
2) seorang yang miskin lalu engkau baiki tahap hidupnya.

3) seorang penjaga anak yatim, lalu enkau gembirakan anak yatim yang diasuhnya.

sekiranya engkau cukup kuat untuk memberi wang itu kepada seorang antara mereka, maka berikanlah! sesungguhnya , perbuatan engkau memberi kegembiraan kepada hati orang muslim dengan menolongnya menghadapi penderitaan, membantunya keluar daripada kesusahan, dan menolong orang yang lemah adalah 

JAUH LEBIH UTAMA DARIPADA IBADAH HAJI 100 TAHUN (setelah haji pertama yang diwajibkan seumur hidup) "

Tambah ahli sufi itu lagi, " sekarang engkau pergilah dan infakkanlah wang 2 ribu dirham itu seperti yang aku cadangkan atau jika tidak, luahkan sahaja isi hatimu sekarang. "

lelaki itu termenung sebentar, lalu berkata, "wahai abu nasr (gelaran bagi Bisyr bin Harits) niat untuk aku mengerjakan haji lebih kuat dalam hati daripada semua amalan yang kau ucapkan itu. "




mendengar jawapan itu, Bisyr tersenyum dan berkata, 


"MEMANG, APABILA HARTA YANG DIPEROLEH MELALUI PERNIAGAAN YANG KOTOR ATAU SYUBHAH, HATI AKAN TERTARIK UNTUK MEMENUHI KEINGINAN HAWA NAFSU DENGAN MENAMPAKKAN DAN MENONJOLKAN AMAL-AMAL SOLEH. PADAHAL ALLAH TELAH BERSUMPAH DEMI DIRINYA, BAHAWA DIA TIDAK AKAN MENERIMA AMALAN SELAIN AMALAN ORANG-ORANG YANG BERTAQWA."



habis dah kisahnya. panjang lah pulok... :) heh!


tapi yang paling sentap utk aku yang menaip ni, adalah perenggan akhir tu, taktahulah pada diri korang.

papepun, moga ada manfaat daripada kisah ini.

astaghfirullah, wassalam. :-D

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya