hargailah ia.
Assalamualaikum. bagaimana untuk anda-anda yang diluar sana? untuk adik-adik SPM? untuk yang baru masuk universiti? untuk kami, pelajar universiti (IPTA) yang senior, sudah masuk minggu ke-3 belajar. semoganya Allah sentiasa memberkati setiap langkah kami-kami dalam menuntut ilmu dan tidak meninggalkan kami walau hanya dengan sekelip mata. dan yang paling penting, tidak kira siapalah kita, moga sentiasa jaga hati. jaga niat kita. sentiasa perbaharui. sentiasa ingat balik kenapa kita buat sekian dan sekian. inshaAllah dengan itu, niat kita sentiasa kerana Allah. semoga. baik, aku nak kongsi sikit tentang pengalaman. pengalaman mengajar kita sesuatu. ada sesuatu yang lain dari yang lain. pengalaman ini takkan dapat melalui pengajaran mahupun penceritaan dari mereka-mereka walaupun ibu ayah kita. sebab semua yang dihikayatkan itu adalah kisah mereka. dan hikayat agung kita-kita akan jadi pengalaman pabila kita melaluinya sendiri. pengalaman setiap orang takka...