Jumaat, September 12, 2014

siapalah kita?

siapalah kita,
untuk bersangka buruk padanya.

siapalah kita,

untuk mengatakan dia tidak punya usaha.

siapalah kita,

untuk merasakan diri lebih baik dari yang lain.

siapalah kita?

tanya diri,
tatkala, diri mula merasakan semua bebanan,
diri sendiri yang lakukan.

ingat,

tiada siapa pun yang ingin mati sebagai pendosa,
walau kita sering melakukan noda.
malah,
semua berlumba-lumba inginkan syurga.

usaha,

setiap dari kita takkan pernah sama.
maka,
hargailah mereka.
walau usaha hanya sekecil zarah.
mentang-mentang usaha mereka di sebalik tabir,
kita buat penghakiman semudah memetik jari,

"oh, sumbangan mereka tak cukup lagi..."


sungguh kita tidak punya hak,

kerna,
kita tidak tahu, 
amalan baik yang manakah yang Allah bakal terima.

maka,

buat kita, 
yang mengaku dirinya, 
menyertai Jemaah.
mohon untuk hargai mereka.
jangan jadi ekstremis.
jangan jadi poyo.
jadilah pemberi semangat,
yang bukan hanya bercakap lebat,
tapi juga bekerja kuat,
untuk berdiri dengan mereka,
yang gigih berusaha mencapai matlamat.

oleh itu,

sedari kehadiran mereka, 
kerna,
sesungguhnya mereka sudah bersusah payah,
membantu kita dalam perkara kecil-kecil.

wahai pejuang agama!

fahami apa yang ku cuba sampaikan,
jangan sombong,
BERSANGKA BAIKLAH,
SEMUA PUN INGIN MASUK SYURGA.

RAHMAT ALLAH ITU LUAS,

MENCAKUPI YANG TERSEMBUNYI DAN YANG TERANG NYATA,
MAKA,
APA HAK KITA UNTUK KATAKAN,
MEREKA TIADA USAHA?


astaghfirullah, 
wassalam. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D