tiada cinta ; mengundang jemu

Image result for cinta allah dan rasulullah

"Bilamana amal yang dibuat tanpa cinta, akan mengundang jemu"

ayat yang ringkas dan padat ini dari Ustaz Muhammad Fuad, Pembimbing Majlis Ta'lim Nurul Syariah (MTNS).

Lahirkanlah cinta walaupun sedikit-sedikit, kerana bila ada cinta akan mengurangkan rasa jemu. lahirkan cinta untuk amal. lahirkan cinta untuk buat baik.

begitu juga dengan orang bercinta, dalam marak cinta, jemu itu payah sekali untuk hadir.

bila bercinta dengan amalan, bercinta dengan kebaikan, bercinta untuk berkasih dengan Rasulullah SAW, bercinta untuk bertemu dan berkasih dengan Allah, jemu, bosan, malas akan berkurangan.

payah untuk bercinta andai tidak kenal, sesuai dengan pepatah melayu, takkenal maka tak cinta. walaupun pepatah ini biasa dengar, tapi susah nak praktik. benar? begitu juga bila tak suburkan cinta kepada Allah dan Rasul. sebab itu senang dan mudah untuk rasa jemu, malas.

dikisahkan, seorang sahabat nabi (nama tak ingat)... beliau tidak boleh tidak berjumpa Nabi barang sekejap kerana rasa rindu yang amat sangat. inilah cinta; cinta yang tiada jemu. rindu yang tidak berkesudahan. kasih yang berpanjangan. sayang yang berkekalan.

semoga kau dan aku juga, berjaya disuburkan cinta, rindu, kasih dan sayang kepada Allah dan Rasul.

berkata Imam Al-Ghazali,
"Semakin banyak engkau mengetahui tentang Allah, semakin banyak engkau akan mencintai-Nya."

amalan bulan Ramadhan yang aku kongsikan ini adalah dari Ustaz Fuad.


semoga bermanfaat.

fi hifzillah,

sama-sama kau dan aku berusaha mecapai cinta dan kasih Allah dan Nabi lagi-lagi dalam bulan mulia ini.

semoga istiqamah buat baik, jadi baik, kekal baik, takbuat maksiat, jauhkan kemungkaran
astaghfirullah
wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan zikir Ya Latif

Perlukah mutabaah amal?

berhati-hati dengan ipar duai