Takpernah datang, tiba-tiba nak komen banyak-banyak

Image result for surau

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kalian suka memberi komen dan cadangan atau sebenarnya kalian mengata? 

Pada pandangan aku yang sikit ilmu ni, memberi komen atau cadangan dan mengata adalah dua perkara yang berbeza. Nampak macam sama sebab kedua-duanya seperti mengutarakan idea. Namun, nada suara, cara bercakap, susunan ayat dan pemilihan kata memainkan peranan penting untuk seseorang itu dikategorikan samada memberi cadangan atau mengata. 

Aku nak cerita, semalam, ada ceramah kat surau aku. Aku takpernah dengar ceramah oleh ustaz yang seorang ini. Cara ceramah dia, ok-ok saja. Dia bercerita tentang kematian, tentang sedekah, amal jariah dan anak soleh. Kemudiannya, dia kata perlu untuk ahli kariah meramaikan surau. Masa dia cakap ni, aku ok lagi. Yang aku takberapa nak ok tu bila dia sebut, dia ada ceramah di satu masjid ni, ada 100 orang jemaah, sejuk mata memandang. tahulah surau kariah aku ni tak ramai jemaahnya, kebetulan masa dia datang semalam, ada dalam 15 orang (lelaki dan perempuan)

MasyaAllah, geramnya hati masa tu, nak luruh jantung pun ada. Dalam hati aku tak usah dikata, geram, marah, bengang semua ada. Mungkin pada pandangan dia, dia sedang memberi satu faktor tolakan dengan membuat perbandingan sedemikian iaitu membandingkan kehadiran jemaah ke surau dan masjid. Namun, perbandingan yang dia buat itu sudahlah tidak kena pabila dia membandingkan surau dan masjid. Kemudiannya, dia juga ahli kariah surau taman perumahan aku. Mak Ayah takpernah datang, adik-beradik takpernah datang, dia jua tidak pernah datang. Tiba-tiba nak memberi cadangan (kononnya) sedangkan batang hidung sendiri pun tidak pernah nampak.

Dia takpernah saksikan sendiri kepayahan ahli jawatankuasa dan belia surau untuk buat program. Dia takpernah menyaksikan kepayahan jemaah meminta derma dan infaq untuk pembinaan semula surau baru. Dengan sewenang-wenangnya, dia memberi idea tapi dia takpernah wujud pada kejadian-kejadian yang berlaku di surau, untuk imarahkan surau. 

Pada pandangan aku, dia selamba tanpa rasa bersalah, mengata surau kariah sendiri. boleh-belah lah. boleh berambus! 

Sebelum dia ni, ada juga seorang ahli kariah, dia ni pun ustaz juga. bagi ucapan kat surau. dia pun bagi cadangan supaya diimarahkan surau. sedangkan dia takpernah pun hadir ke surau. tiba-tiba datang bagi idea macam itu. nak menyumpah masa tu juga. Allahu... 

Memberi komen atau cadangan dan mengata ni hampir sama caranya, tapi pada keduanya banyak beza. Bila memberi komen dan cadangan, sebenarnya sedang mencambah idea dan merangsang otak dan minda seterusnya cara pandangan kau pada satu-satu perkara akan lebih luas. tapi bila mengata, kau sebenarnya dah mengecilkan skop pandangan dan ilmu diri kau sendiri seterusnya akan menyakitkan hati orang lain. 

Aku pun takpandai jua dalam memberi cadangan dan idea yang bernas tapi adalah lebih baik berdiam diri atau berkata sedikit yang bermanfaat. Kalian dan aku dituntut untuk menyampaikan tetapi pilihlah kata-kata yang sesuai serta susunan ayat yang teratur. Semoga dirahmati Allah.


astaghfirullah
wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya