Hidayah Allah terbahagi pada 3

Related image



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

ini Coretan hati aku.

Sedang aku lagha di malam hari, syok melayan telefon pintar (tapi aku takberapa pintar) haritu, Allah menghantar seorang hamba Dia yang aku takkenal pun tapi aku dan dia dalam satu kumpulan Whatsapp yang sama.

tiba-tiba, dia menghantar satu mesej melalui Whatsapp kepada aku,

"Selamat Tahun Baru 2018. moga amal dan ibadah kepada-Nya makin bertambah. semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan pada tahun ini. inshaAllah aamiin."

menyentak jiwa aku yang lalai yang amat. begitu indah susunan Allah untuk mengajak seorang hamba-Nya kepada Dia. pelbagai cara yang Allah hadirkan untuk memberi ilham kepada aku dan kau supaya sudah-sudahlah melayan nafsu dunia. Bila pula mahu menghadap-Nya.

teringat aku kepada penerangan seorang ustaz tentang hidayah dan taufiq.

katanya,

"untuk Allah beri hidayah ni, ada 3 situasi.

yang pertama, Allah memang nak bagi hidayah dan taufiq dan orang itu memang sedang mencari hidayah itu. maka Allah amat berbesar hati untuk bagi pada orang tersebut,

yang kedua, Allah memang NAK bagi hidayah dan taufiq namun orang itu tiada usaha ke arah pencarian hidayah itu. namun, Allah akan tetap bagi kerana Dia memang nak bagi. Jadi, orang itu akan merasa hidayah Allah jua akhirnya.

yang ketiga, Allah memang TAKNAK bagi hidayah pada orang ini. tambahan pula, orang ini memang taknak pun mencari cahaya hidayah. hasilnya, memang takdelah hidayah itu kepadanya."

Allahu, kita tergolong dalam yang mana sebenarnya?

kadang-kadang yang pertama, kadang-kadang yang kedua. namun, aku lebih kerap kepada yang kedua (sungguh jelek perangai T.T)

tapi, semoga dijauhkan sangat-sangat dari kumpulan ketiga.

semoga Allah tak berhenti memandang aku walau dalam keadaan aku penuh dosa dan noda dan seringkali melayan nafsu yang tiada henti menghasut diri ini.

semoga penulisan aku yang diabadikan ini menjadi penyebab untuk Allah terus pandang aku; dengan itu, aku akan terus diberi hidayah oleh-Nya sepanjang perjalanan hidup ini.

tiada apa yang dicari oleh kau dan aku melainkan hanya redha Allah; walau hakikatnya paling susah nak buat perkara-perkara yang mendapat redha Allah.

ustaz-ustazah pesan, untuk sentiasa mengejar redha Allah, carilah dan duduklah dalam kalangan orang soleh. tapi, tidak semua keadaan mengizinkan kita untuk sentiasa berada dalam golongan itu kan. lalu, doa kepada Allah supaya kekal atas jalan orang mukmin adalah pilihan terbaik.

doalah sungguh-sungguh.

mintalah sungguh-sungguh.

buat dosa?

minta ampun sungguh-sungguh.

buat lagi?

minta ampun lagi.

selagi matahari belum terbit sebelah barat, selagi itu pintu taubat Allah Azza Wa Jal terbuka dengan luasnya.


hamba berdosa
astaghfirullah
wallahu'alam
wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Pencarian kita sama