Khamis, Disember 21, 2017

ISN ajar aku positif

Image result for emoticon faces

Assalamualaikum.

Senyum.

ramai orang tahu senyum itu sedekah. tapi, benarkah aku dan kau memaknainya?

tempat aku buat latihan industri (LI) untuk Tahun 3 Sains Bioperubatan adalah di Institut Sukan Negara (ISN).

pengalaman yang aku dapat dari ISN adalah senyum. asal jumpa orang je senyum. sesiapa terserempak dengan aku walau aku takkenal pun dia, dia akan senyum dan senyuman dia itu adalah ikhlas.

Allahu. sangat indah budaya ini.

senyum. ada seorang Pakcik India ni, dia pekerja di ISN. asal terjumpa je dia akan ucapkan Selamat Pagi, Selamat Petang. rasa sangat dikenali walau hanya ucapan itu dan senyuman itu (padahal budak LI je). tambahan pula, aku LI kat makmal ISN, lagilah orang takkenal kalau diorang takdatang ke makmal perubatan ISN, hahaha.

tapi, senyuman tetap diorang bagi.

dari pegawai, pekerja, tukang bersih, sampailah atlet, suka benar senyum.

lagi satu nilai positif aku dapat, ada sorang akak ni aku selalu ternampak dia solat dhuha di surau ISN. kat ISN, diorang mula kerja dalam pukul 8.30 pagi camtu. dan ada sorang akak ni, tetiap pagi akan jumpa dia kat surau, sampai satu hari tu, dia tanya aku, "dah dhuha?"

aku jadi.WOW. hebat dia ni, pagi-pagi sebelum mula kerja, solat sunat dhuha dulu sebab dia tahu solat sunat dhuha itu salah satu pembuka rezeki. Allahumma aamiin. semoga akak tu sentiasa diberi ganjaran pahala sebab bagi inspirasi kepada orang lain dalam diam.

sungguh, nak sebarkan aura positif tak susah tapi bukan senang sebab kau kena memulakannya dulu dan selalu orang segan nak mulakan.


semoga sentiasa senyum.
semoga sentiasa solat sunat dhuha. 
astahgfirullah
wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D