Lagu Dirgahayu dan kisahnya

Dato' Siti Nurhaliza & Faizal Tahir - Dirgahayu (Official Lyric ...


Assalamualaikum. 

Tiada apa untuk dinyatakan, hanya terkesan dengan lagu Dirgahayu ini secara peribadi ke dalam diri ini. 

Diceritakan sendiri oleh Faizal Tahir pada 28/4/2020 di dalam instgramnya,

"Lagu ini adalah inspirasi dari kisah Hanzalah, sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang mati syahid dalam perang Uhud setelah baru sahaja dinikahkan.

Nabi tak bagi dia datang ke medan perang supaya Hanzalah dpt bersama isterinya. Betapa mulia dan sucinya hati Rasulullah S.A.W.
Tapi Hanzalah, yang sempat bersama dengan isterinya untuk satu malam dan sedang tidur mendakap isteri tercinta, mendengar seruan perang kerana musuh sudah hampir, dengan pantas bersiap ke medan perang dan datang jugak diatas niat berjuang disisi Rasulullah S.A.W demi mempertahankan agama Allah S.W.T.

Dia berjuang dengan sepenuh hati. Akhirnya Hanzalah gugur syahid.
Mayat Hanzalah ditemui dalam keadaan basah kuyup di tengah medan perang. Malaikat mandikan jenazah Hanzalah. Allahuakbar."

Disertakan sekali lirik lagunya, 

Nyanyian oleh Faizal Tahir dan Dato' Siti Nurhaliza

Adakah ini kali yang pertama
Adakah ini kali yang terakhir
Mungkin waktu tak mengizinkan kita
Mungkin jalan ceritanya berbeza
Ouhhh huwooo
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati
Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku
Andai takdir kita bertemu lagi
(Ku berdoa selalu)
Masihkah akan kau kenang kembali
(Takkan pernahku lepas)
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati
Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku
Tidak pernahku bersoalkan takdirNya
Dan ku percaya cintakan mengatasi
Semuanya
Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku
Cinta dirgahayu
Dirgahayu
Cinta dirgahayu
Wallahu'alam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Pencarian kita sama