Kau istimewa, Ya Rasulullah, Ya Habibi, Ya Nabi.

Assalamualaikum. 

Sudah setahun lebih, aku tak menulis apa-apa di blog ini. Entah kenapa malas menjadi-jadi setiap kali nak memulakan coretan disini. 

Coretan kali ini ringkas sahaja, sekisar tentang rindu. 

Ya, rindu. 

Rindu ini bercambah perlahan-lahan setelah banyak kali disebut namanya. bukan mudah untuk disemai rindu ini. 

Aku dulu pernah pelik, macamana seorang manusia biasa yang takpernah berjumpa dan mengenali dia, boleh semudahnya mengalirkan air mata tatkala mendengar kisahnya, tatkala diceritakan tentang kehidupannya. 

Dia yang aku maksudkan, tak lain tak bukan adalah Rasulullah SAW. 

Satu nama yang tidak asing lagi daripada pengetahuan aku dan kau. walaupun hanya setakat tahu nama, tetap aku dan kau tahu akan pernah wujudnya atas muka bumi ini satu susuk tubuh yang bernama Muhammad SAW, yang diberi gelaran Rasulullah SAW.

Betapa manusia yang membaca kisah tentang Baginda Nabi ini, bila dihayati dengan sepenuh jiwa, orang itu boleh teresak-esak menangis, kadang-kadang tu berjurai-jurai air mata orang itu. 

hebat bukan penangan cinta kepada Baginda Nabi Muhammad SAW? 

Ustaz aku ada pesan, untuk mengenali Nabi Muhammad SAW ini melalui tiga cara. 

1) Dengan membaca tentang peribadi Nabi iaitu Syamail Muhammad. 
Dalam kitab ini akan diterangkan setiap satu tentang Nabi. Ya, serupa nak berkenalan dengan seseorang. maka, dalam kitab ini dikisahkan setiap satunya tentang Nabi. 

Bagaimana wajahnya, matanya, rambutnya, kulitnya, badannya, gerak jalannya.
Bagaiman senyumnya, giginya. 
Apa yang digemari, yang dihindari.

semua dikisahkan dalam itu. 

2) Dengan membaca kisah hidupnya iaitu Sirah. 
Baru-baru nak kenal seseorang itu, pasti akan teruja nak tahu siapa keluarga dia, apa yang pernah dilalui, apa yang gembira dan sedih dalam hidupnya. 

begitulah seperti orang baru nak mula bercinta, semuanya nak tahu. 

3) Dengan tahu akan kesusahan hidupnya menyebarkan dakwah Islam.
Nah, apabila dibaca kisah-kisah ini, maka dapat diketahui bahawa Baginda Nabi SAW sangat mencintai ummat akhir zaman ini sebab sanggup bergadai nyawa supaya Islam itu sampai kepada ummatnya.

selepas daripada 3 cara ini, apa yang boleh dilakukan untuk betul-betul pasakkan dalam jiwa akan cinta dan rindu kepada Baginda Nabi Muhammad SAW itu? 

pastinya dengan Selawat. Selawat yang paling mudah adalah Selawat Jibril. 





Ust Wadi Annuar ada menyebutkan, sekurang-kurang untuk seorang muslim berselawat sehari-hari adalah sebanyak 300 kali. 

tak ada apa yang nak daripada bacaan selawat ini, melainkan hanya cinta Baginda Nabi Muhammad SAW. sangat tak ternilai. 

doalah untuk berusaha belajar-belajar berselawat sebab dengan selawat, Baginda Nabi akan kenal di akhirat nanti sebagai ummat Baginda. 

BERSELAWATLAH, NANTI AKAN TAHU APAKAH KESAN SELAWAT DALAM HATI DAN RINDU. 

Usahalah untuk berselawat setiap hari.
tak rugi kerana ibadah
tak rugi kerana menghapus dosa
tak rugi kerana menaikkan darjat
tak rugi kerana menyebut nama kekasih Allah.

wallahu'alam.
"Ya Allah, izinkan aku tergolong dalam golongan yang belajar-belajar berselawat dan belajar-belajar mencintai-Mu dan Rasul-Mu. Amiin."

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya