Cinta...

hati yang kenal Tuhan, cahayanya begini. bagaimana hati-hati kita?


assalamualaikum...

apa khabar teman-teman sekalian? saya alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan islam itu untuk mengharungi hari ini. tajuk saya kali ini mungkin sudah biasa dibaca oleh anda, namun apa yang saya katakan, bahawasanya, walaupun sudah ramai yang mengetahuinya, tetap masih ramai juga yang gagal benar-benar faham akannya.

CINTA. apa itu cinta.? cinta adalah satu perasaan kasih sayang yang wujud dalam hati seseorang terhadap seseorang. benar? justeru apabila wujud kasih sayang, apakah telah benar-benar meletakkan kasih sayang pada yang sebetulnya? ok,

  • kasih sayang pada ALLAH dan RASULALLAH itu mungkin susah nak digapai. sebab apa? sebab tak nampak fizikal-NYA, kan gitu?
  • kasih sayang pada ibu ayah juga susah nak diselami kalau tak hayatinya, hanya dapat dihayati bila sudah kehilangan. kan?
  • kasih sayang berlainan jantina mudah nak dirasai, kerana apa? mungkin kerana umur sebaya dan merasakan hanya si dia yang memahami kita, orang lain tidak.
perkara utama yang saya nak utarakan ialah, berkenaan cinta yang ketiga, cinta berlainan jantina. 
cinta seperti ini yang kebanyakannya membawa kepada kehancuran bangsa pada harini, betul? kerana manusia harini jahil dalam ilmu yang dia dapat. maksudnya, ada ilmu tapi tak hayati dan tak amalkan.

ya, memang benar cinta itu fitrah tapi bukankah seharusnya kita selaku seorang yang berakal perlu memandu diri kita untuk menjadikan cinta kita ni sesuatu yang normal bagi diri kita. bukan terlalu obses atas sebab RAMAI YANG MENGATAKAN CINTA ITU FITRAH, lalu fitrah itu dijadikan lesen untuk menyayangi orang itu lantas meluahkannya? kalau itu tafsirannya, maka anda salah. kita memang akan ada perasaan untuk sayang orang yang lain jantinanya, tapi kita perlu lakukan perkara yang betul, salurkan pada jalan yang lurus, bukan yang bengkang-bengkok.

baiklah, saya ingin menceritakan sedikit pengalaman kawan saya, ceritanya begini, ada seorang budak lelaki ni suka pada dia sejak menengah rendah. lalu si lelaki ini meluahkannya, namun malangnya kawan saya ini sudah minat pada orang lain. si lelaki ini tiada peluang tapi dia tetap saja meluahkan perasaanya sehingga sekarang. kawan saya ini menceritakan kisahnya pada saya, dan dia kata si lelaki ini bertanya tentang yang dia lakukan semua ini salah, dan kata yang dia perlu berdoa pada ALLAH supaya hati kawan saya terbuka untuk dia. tiada ayat lain yang saya boleh katakan, hanya ayat al-quran

JANGAN DEKATI ZINA ; ALLAH ITU DEKAT
*mungkin boleh cari sendiri*

dan saya katakan bahawa,
" memang tak salah cintai orang sebab itu fitrah tapi CINTA YANG TERBAIK ialah dia (lelaki/perempuan) simpan cintanya baik-baik,dan tidak heboh-heboh. berdoa pada ALLAH supaya pasangan hatinya sentiasa dalam keadaan baik. dan kalau ada jodoh maka ada-lah, kalau tiada dia redha ."



mohon pada ALLAH itulah jalan terbaik dalam melakukan segala. 
SESUNGGUHNYA, SAYA SELALU PINTA AGAR ALLAH MENJAGA SEGALA RAHSIA HATI INI DI DALAM GUDANG RAHMAT-NYA, AMEEN


ini sekadar pendapat saya, maaf kiranya ada yang terasa. sebelum saya akhiri, ingin saya lampirkan sajak yang saya perolehi di akhbar Metro, selasa, 1 Februari 2011, oleh Faradi Rohani, UKM, Bangi Selangor,

tajuk : Cinta

Cinta adalah aksara mudah ditutur,
senang dilakar namun sukar diselami.

Cinta adalah sebuah nikmat,
kerana cinta, hati rawan cerlang terhibur.

Cinta adalah sebuah ikatan,
kerana cinta, penyatu hati dua insan.

Cinta adalah segunung penawar,
kerana cinta, penyembuh racun berbisa.

Cinta adalah sebuah batasan,
kerana cinta, mawar berduri subur menguntum.

Cinta adalah sebuah rembulan,
kerana cinta, penyuluh epilog kelam.

Cinta adalah sebuah mimpi,
kerana cinta, aku tersedar dari lamunan fantasi.

Cinta adalah sebuah bahtera,
kerana cinta, armada di lautan jauh belayar.

Cinta adalah sejuta kenistaan,
kerana cinta, insan yang lemah rapuh dalam dakapan nafsu.

Cinta adalah sebidang kecelakaan,
kerana cinta, iman bertakhta lebur berderai.

Cinta adalah seluas kekufuran,
kerana cinta, nilai agam terbias di dada.

Cinta adalah selebar kesengsaraan,
kerana cinta, kudrat utuh layu terkulai.

Cinta adalah seribu kesakitan,
kerana cinta, hati berbunga kejam terbunuh.

Cinta adalah selaut dusta,
kerana cinta, sukma gemersik pincang ternoda.

Cinta adalah cinta, kasih, sayang, dusta, sengsara dan lara,
kerana cinta, aku hidup bersandarkan nafsu,
kerana cinta, aku merintih ke jalan yang benar,
dan
kerana cinta, aku mengenali Tuhan.


akhir kalam, lihatlah kepada apa yang disampaikan bukan siapa yang sampaikan kerna yang menyampaikan ini hanyalah seorang hamba yang berdosa yang juga masih meneroka jalan yang terang.

astagfirullah, wassalam. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya