Peringatan untuk diri sendiri terutamanya

Image result for peringatan


sekadar peringatan semula kepada diri sendiri. 

"Penulisan adalah sesuatu yang pegun, tak bergerak dan tak hilang. ianya akan tersimpan rapi. Maka, menulislah. Bila orang nak baca, dia akan baca. dan bila dia nak baca semula penulisan itu, penulisan itu tetap ada kerana ia pegun."
-Hilal Asyraf-

"Taklif wa la tasyrif. Tanggungjawab bukan untuk dimuliakan."
-Ust Yasir Ramlee-

"Kita bukan memberi sokongan sebab kita satu kumpulan tapi kita menjadi satu kumpulan kerana kita saling memberi sokongan,"
-Kuroko no basket-

pesanan ini aku dapat masa aku kat sekolah menengah dulu. yang Hilal Asyraf tu dapat masa aku pergi bengkel penulisan, bagaimana nak menulis. yang kedua tu, dapat masa kursus kepimpinan pengawas. 

kedua-duanya memberi satu gambaran besar pada aku yang hidup ni terlalu besar dan berat amanahnya, tapi bila terlupa pesanan ni, mulalah kecundang. 

tak mudah nak menjadi penulis sebab lain ayat yang nak disampaikan, lain yang orang faham. menjadi penulis buku merupakan  salah satu impian aku, tapi masih belum terlaksana. allahu~~~

amanah pada penulis ini berat sebab ianya adalah ilmu yang orang nak cerap masuk dalam minda dan hati. kalau penulis pun menulis entah apa-apa, memang pembaca akan dapat kesan yang entah apa-apa jugaklah. 

sebab tu ulama' dulu nak menulis kitab, mereka akan berwuduk dan solat hajat dulu, sebab mereka tahu akan kepentingan ilmu ini iaitu ianya adalah cahaya Allah. cemana cahaya nak terpancar kalau banyak perangkap. 

seorang guru aku, beliau nak menulis akan berwuduk dan usahakan solat hajat dulu. dan rata-rata anak murid beliau akan faham apa yang nak disampaikan (pastinya dengan izin Allah semua itu).

oleh itu berbaliklah pada Allah, dalam bidang penulisan dan dalam bidang kepimpinan, kedua-duanya tanggungjawab, dan apa jua perkara sekalipun yang nak dibuat, Allah Ya Fattah yang akan mmbuka jalan kebaikan. Allah Ya Ilm yang akan alirkann ilmu pengetahuan pada kita. Allah Ya Hakim yang akan izinkan kita buat keputusan. Allah Ya Rashid yang akan izinkan kita menjadi bijak dalam menilai sesuatu. 

kau dan aku takde apa melainkan Allah Azza Wa Jal yang meminjamkan segala sesuatu, kerana hakikatnya kita ini tiada, yang ada hanyalah Allah. 


astaghfirullah
wallahu'alam
wassalam



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya