Perlukah mutabaah amal?


Image result for mutabaah amal


Mutabaah amal. 

Kata mutaaba’ah berasal dari kata taaba’a. Kata ini memiliki beberapa pengertian. Di antaranya, tatabba’a (mengikuti) dan raaqaba’ (mengawasi). Dengan demikian, kata mutaaba’ah bererti pengikutan dan pengawasan. Yang dimaksud dengan mutaaba’ah sebenarnya adalah mengikuti dan mengawasi sebuah program agar berjalan sesuai dengan yang direncanakan.(1)  

oleh itu, mutabaah amal adalah mengawasi amalan dan mengikuti program amalan yang telah digariskan, samada oleh diri sendiri atau usrah yang diikuti, atau keluarga sendiri yang merencanakannya ataupun program/buku yang memberi cadangan mutabaah amal tersebut. 

kenapa perlu kepada mutabaah amal?
pada pandangan aku yang lemah lagi jahil ni, mutabaah amal ini bantu untuk kau dan aku terus berusaha buat amal baik yang mana perkara-perkara sunnah yang sering kali diabaikan oleh diri kau dan aku. tampak hal ini seperti remeh temeh, tapi biasalah hal yang remeh, hal yang kecil inilah yang sebenarnya memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada hati dan jiwa yang berusaha untuk meraih cinta Tuhan Yang Satu. 

pernah seorang ustaz, Ustaz Yusuf Mansur berkata, 

"amalan sunnah ni macam sayap untuk burung yang membawa amalan fardhu kita ke atas."

makanya, andai amalan sunnah kita bertambah dan konsisten, kerap, tetap, istiqamah, pasti mudah untuk burung itu terbang naik. 

selain itu, dengan adanya borang mutabaah amal ini, kau dan aku boleh nampak perjalanan ibadat tu. bilamana dapat melihat perjalanan ibadat yang konsisten itu, pastinya semangat untuk terus melakukan ibadat akan terus hadir, tapi biasalah kecundang itu akan hadir, kemalasan akan menyapa, kebanggan akan kembang semangkuk dalam hati, lalu istighfar adalah jalan terbaik untuk menangani semua yang dihadapi tadi. 

tambahan pula, mutabaah amal ini, untuk kau dan aku sentiasa mengawasi amalan agar sentiasa tepat pada waktunya seperti solat fardhu. untuk sentiasa mengingatkan diri mana yang belum dibuat lagi, mana yang belum terlaksana lagi dek kelalaian yang tidak putus-putus datang menyibuk. untuk memastikan diri dapat menambah bilangan amalan dari jumlah yang sedikit kepada banyak sikit walaupun hanya meningkat sebanyak 0.01%. untuk sentiasa mengisi masa ruang dan masa lapang yang sentiasa kelihatan kosong dan lapang andai diabaikannya. perlu difahami, mutabaah amal perlulah sesuai dengan kemampuan diri sendiri. mulalah dengan yang sesuai dengan kemampuan diri sendiri dan tambahlah sikit-sikit. yang penting istiqamah kerna Allah suka yang berterusan walaupun sedikit. 

Image result for mutabaah amal
contoh borang mutabaah amal.


jujur aku kata, bukan mudah untuk konsisten dengan borang ini, namun diri perlu kepada suasana yang meyokong untuk terus tetap dengan mutabaah amal. walaupun begitu, zon selesa pasti akan berlalu pergi suatu masa nanti, oleh itu, perlu berusaha untuk mengingatkan diri dan menguatkan diri untuk terus tabah bersendirian, atau kata lainnya, tazkiyatun nafs (penyucian jiwa) secara bersendiri. 


ini mungkin sedikit sahaja pandangan aku tentang mutabaah amal, yang mana aku yakin diluar sana, yang membaca pastinya lebih ramai yang lebih mahir tentang mutabaah amal dan cara-cara untuk konsisten akannya. semoga semua yang membaca dapat menyebarkannya kepada yang lain dan menambah mana-mana yang tertinggal dan kurang.

pernah sahabat aku berpesan, 

"adakah kita ini mengisi mutabaah amal sekadar untuk mengisinya tanpa penghayatan?"

sentap. kecewa. sedih. tusuk. tikam. berdarah. menangis.

pohonlah kepada Allah agar sentiasa menjaga kau dan aku dalam pengawasannya sentiasa tanpa sekelip mata pun mengalihkan pandangan-Nya dari kau dan aku yang hina ini.
astaghfirullah
wassalam


Rujukan : 
(1) http://menggapaihusnulkhotimah.blogspot.my/2011/05/mutabaah-amal.html


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan zikir Ya Latif

berhati-hati dengan ipar duai