awlawiyat kita
kata Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna, "Al-wajibat ak-tsaru minal auqaat" maksudnya, "kerja-kerja lebih banyak daripada masa yang ada" kau kata, "alaa, tak cukup masa." kau bilang, "hmm... aku bizilah" tapi hakikatnya, di waktu senggang, kau dahulukan minat mu. di waktu lapang, kau dahulukan hobi mu. maka, bagaimana mungkin, untuk yang aula itu siap dahulu? kerana kau dahulukan yang tidak aula langsung.! lantas, bila orang bertanya, "eh, dah siap kerja?" "eh, dah stadi ke?" "eh, dah buat lab repot?" lantas, kau dengan mudahnya menjawab, "alaa... aku tak sempat lagi nak buat." aku hairan, kau jadi bingung, kau jadi tertekan, kau jadi serabut, kelam kabut, disebabkan kerja-kerja mu yang tertangguh itu. namun, yang harus ditangguhkan itu, tidak kau tangguh. malah, yang perlu didahulukan, kau tak dahulukan. tiba-tiba, ...