Minta maaf umpama cari pasir dalam laut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pesan seorang ustaz aku, namanya Ustaz Yusri, kalau dah buat salah pada orang itu teruslah minta maaf di dunia ini, takperlulah nak tunggu di akhirat nanti baru nak cari.

Sebab apa?

Ustaz Yusri berkata, Tok Gurunya berpesan, sewaktu di akhirat nanti, nak cari orang yang kita nak minta maaf tu, umpamanya, ambil pasir laut tu dan baling ke dalam laut, dan cari semula pasir yang dibaling tadi.

Itulah pesan ustaz aku.

Celah mana kita nak cari balik pasir yang kita baling tu, ingat senang ke? dahlah pasir semua sama jeeeee.

oleh itu, minta maaflah pada orang yang kita buat salah tu di dunia ni, supaya di akhirat nanti, semoga kita terlepas dengan kesalahan itu sebab kita dah minta maaf siap-siap.

setakat itu sahaja aku nak berkongsi dengan korang. kalau ada lagi, aku kongsi inshaAllah.

#Syawal
#rayamohonmaaf

astaghfirullah
wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya