Jadi jahat, taksusah
Jadi jahat taksusah,
Kau berhenti buat baik.
Biasakan diri dengan lagha,
Kau akan rasa manisnya lagha.
Kau akan kebal dengan perasaan jahat itu salah.
Lalu hati keras, otak bebal, akal terperangkap.
Akal terperangkap dengan indahnya dunia.
Otak bebal dek keasyikan maksiat.
Hati keras kerana berhenti buat baik.
Berhenti buat baik,
Bererti berhenti mengingati Tuhan.
Lantas,
Jahat menyelimuti diri.
Kau tidur dalam pelukan lagha.
Bermimpikan hidangan manis kelalaian.
Sehingga kau buta akan kebaikan.
Tinggallah kau dalam kelam gelap,
Melayan diri, asyik sendiri.
Dalam bayangan dan mimpi indah kejahatan.
#semogadijauhkandarimaksiat
Kau berhenti buat baik.
Biasakan diri dengan lagha,
Kau akan rasa manisnya lagha.
Kau akan kebal dengan perasaan jahat itu salah.
Lalu hati keras, otak bebal, akal terperangkap.
Akal terperangkap dengan indahnya dunia.
Otak bebal dek keasyikan maksiat.
Hati keras kerana berhenti buat baik.
Berhenti buat baik,
Bererti berhenti mengingati Tuhan.
Lantas,
Jahat menyelimuti diri.
Kau tidur dalam pelukan lagha.
Bermimpikan hidangan manis kelalaian.
Sehingga kau buta akan kebaikan.
Tinggallah kau dalam kelam gelap,
Melayan diri, asyik sendiri.
Dalam bayangan dan mimpi indah kejahatan.
#semogadijauhkandarimaksiat
astaghfirullah
wassalam
wassalam
Ulasan
Catat Ulasan
terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D