Jaga pandangan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa yang aku nak kongsikan dengan korang semua adalah tentang menundukkan pandangan. silakan baca dengan penuh tenang dan fahaminya sebaik mungkin. dan aku dan kau praktikkan bersama. Mungkin payah untuk buatkan, tapi kalau bukan sekarang bila lagi kan? Seorang ulamak berjalan kaki berjalan menuju ke masjid untuk solat berjemaah. Setelah pulang ke rumah. Isterinya bertanya " berapa banyak wanita cantik yang abg lihat?". Beliau menjawab " demi Allah, aku tidak melihat sesuatu kecuali selipar dikakiku. Sejak aku keluar ke masjid hingga balik rumah". {}Sesunguhnya menundukkan pandangan dari apa yang Allah s.w.t haramkan akan mewujudkan kecintaan Allah s.w.t kepada hambaNYA. Sesiapa yang menahan pandangan dari sesuatu yang Allah s.w.t haramkan. Maka, Allah s.w.t akan memberikan hikmah pada percakapannya. Berusahalah menahan pandangan walaupun ingin melihat kambing betina{} Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa : Syaitan a...