Jaga pandangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Apa yang aku nak kongsikan dengan korang semua adalah tentang menundukkan pandangan. silakan baca dengan penuh tenang dan fahaminya sebaik mungkin. dan aku dan kau praktikkan bersama. Mungkin payah untuk buatkan, tapi kalau bukan sekarang bila lagi kan? 


Seorang ulamak berjalan kaki berjalan menuju ke masjid untuk solat berjemaah. Setelah pulang ke rumah. Isterinya bertanya " berapa banyak wanita cantik yang  abg lihat?".

Beliau menjawab " demi Allah, aku tidak melihat sesuatu kecuali selipar dikakiku. Sejak aku keluar ke masjid hingga balik rumah".

{}Sesunguhnya menundukkan pandangan dari apa yang Allah s.w.t haramkan akan mewujudkan kecintaan Allah s.w.t kepada hambaNYA. Sesiapa yang menahan pandangan dari sesuatu yang Allah s.w.t haramkan. Maka, Allah s.w.t akan memberikan hikmah pada percakapannya. Berusahalah menahan pandangan walaupun ingin melihat kambing betina{}


Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa : 

Syaitan akan menduduki pada 
Seorang lelaki pada 3 tempat iaitu mata, hati dan kemaluannya.
Wanita pula mata, hati dan pinggulnya".

Firman Allah s.w.t:

" katakanlan kepada orang-orang yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka (dari melihat yang haram) dan jagalah kemaluan mereka. Hal itu lebih suci dari mereka". { An - Nur 30}

aku hanya salin tampal (baca=copy paste) daripada kawan aku yang menyampaikan kepada aku. makanya, kalau korang nak kongsikan dengan kawan-kawan pun adalah digalakkan. semoga aku dan kau menjadi penyebar kebaikan. aamiin. 



astaghfirullah
wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya