"eh, aku gurau je."

Assalamualaikum dan selamat petang. 

"eh, aku gurau je."


satu ayat yang kita selalu guna bila kita tak serius dalam berbicara. kadang-kadang tu kita buat muka serius bercakap dengan nada serius. bila orang dah mula percaya, alih-alih kita kata kita kelentong je. setakat sekali dua takpelah jugak. tapi ni kalau selalu cakap, mana lah kawan kita nak percaya kita lagi dah. 


orang tak percaya dengan hakikat hal ni sebab diorang rasa, bende kecik je ni. tapi sebenarnya kesan daripada hal ini adalah jangka masa panjang. bila dah nampak hasilnya selepas jangka masa panjang, baru nak rasa menyesal. 


amik kisah tuan kambing dan serigala yang sangat terkenal masa kita kecik-kecik dulu. cerita yang sangat mudah tapi pengajarannya ada. kisah bermula bilaman tuam kambing bawa kambing-kambing dia pergi meragut rumput kat kawasan lapang. lepastu dia nak melawak, dia jerit bagitau satu kampung ada serigala datang. orang kampung datang dan nak tolong tapi bila datang, tuan kambing dan kambing-kambing dia elok je, takde apa-apa yang berlaku. 


pada waktu yang seterusnya, tuan kambing membawa kambing-kambing dia meragut rumput, dan kali ini ada serigala datang. maka tuan kambing pun jerit tapi apakan daya, orang kampung dah tak percaya. maka, tuan kambing dan kambing-kambingnya habis macamtu saja. 


tak ke merugi macam tu. sedangkan kalau dia tak buat gurauan yang pertama kali tu, pastinya orang kampung akan datang menyelamatkan dia. tapi dia fikir, "eh, aku gurau je." padahnya, rasakan sendiri.

tentang gurauan, Baginda nabi pun ada bergurau. 



Rasulullah SAW apabila baginda bergurau, baginda bergurau dengan gurauan yang benar.
"Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah engkau bergurau dengan kami? Rasulullah menjawab: Aku tidak pernah berkata perihal yang tidak benar." Riwayat Tirmidzi.

sebagai contoh,


"Seorang wanita tua bertemu dengan Rasulullah dan berkata: Wahai Rasulullah, tolonglah berdoa kepada Allah agar aku dapat masuk ke syurga. Rasulullah menjawab: Wahai ibu fulan! Syurga itu tidak dihuni oleh orang tua. Mendengar jawapan Rasulullah, wanita itu pergi dari situ sambil menangis. Rasulullah berkata: Beritahu kepada wanita itu, dia tidak akan masuk ke syurga dengan usia tua. Allah berfirman: Sesungguhnya Kami menciptakan mereka(perempuan-perempuan di dalam syurga) dengan penciptaan yang istimewa. Kami ciptakan mereka sentiasa dara, yang tetap mencintai jodohnya dan sebaya pula usianya(Surah Al-Waqi'ah ayat 35-37)" Hadith riwayat Tirmidzi.
Semua orang yang masuk ke syurga, akan menjadi belia. Makanya wanita tua tadi tidak akan berada di dalam syurga dengan usianya yang tua, tetapi telah berubah menjadi muda.
sangat cantik dan indah seni gurauan Baginda Nabi kan? 

tapi bila kita pula, kita sangka bergurau itu adalah dengan memperbodohkan orang lain, bersama tipu helah dan pembohongan.
sama-sama kita muhasabah. 

astaghfirullah.
wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya