Khamis, Oktober 13, 2016

Perkongsian : Ilmu ii



Image result for ilmu


Kau kata kau tidak suka, 

Tapi kau sedang memahaminya, 

Kau kata kau bosan,
Tapi kau sedang berdepan dengannya,


Ikhlaskanlah hatimu,

Kerna dia datang bila tiba masanya,
Bila kau benar-benar jujur dengannya.

Dia tahu kau inginkannya atau tidak,

Dia tahu kau bosan,
Dia tahu kau tak serius.

Kau pura-pura inginkannya,
Lalu kau fikir kau telah mendapatkannya,

Sedangkan kau mendapat dia sementara saja.
Tapi kau tak sedar hakikat ini,
lalu kau terus tenggelam dalam bayangan kau berjaya mendapatkannya.
Amat merugi bilamana hal ini berlaku.

Satu perkara ingin aku katakan,

Kesenangan datang setelah kesusahan,
Maka ikhlaskanlah diri,
Setiap kali kau berjumpa dia,

Walau itu amat payah untuk kau lakukan.
Dia sentiasa menanti kesungguhan dan lapang hati kau,
Kerna dia-lah ilmu yang masuk hanya pada hati yang bersih , murni dan ikhlas akannya. 


#Ujian1Moltox

#KelasEtno


astaghfirullah

wassalam 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D