Khamis, Oktober 13, 2016

Perkongsian : Ilmu

Image result for ilmu

Dalam tenang,
Kau jumpa ilmu, 

Dalam kerisauan, 
Ilmu itu hilang.

Dalam kesenyapan, 
Kau temu ilmu,

Dalam kekecohan, 

Ilmu itu hilang.



Ilmu hadir, 
bila kau ikhlas akannya,
bila kau sungguh-sungguh inginkannya,
bila kau mencarinya penuh semangat, 
bila kau mempelajarinya penuh keyakinan, 

andai kau tiada sifat mujahadah ini,
nescaya,
ilmu terlepas dari tangkapanmu, 
dan terbang bebas bak rama-rama,
terbang bahagia keluar dari sangkar. 


#Ujian1Moltox
astaghfirullah
wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D